Mahkamah Rayuan Kekalkan Utusan Melayu Perlu Bayar Ganti Rugi

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 3:38 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Utusan Melayu (M) Berhad gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan syarikat itu membayar RM250,000 sebagai ganti rugi kepada penasihat DAP Lim Kit Siang berhubung artikel memfitnah.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Lim Yee Lan, secara sebulat suara, menolak rayuan Utusan Melayu dan juga memerintahkan syarikat itu membayar RM15,000 sebagai kos perundangan.

"Kami mendapati tiada merit dalam rayuan ini. Tiada kekhilafan yang boleh dirayu dalam keputusan oleh Mahkamah Tinggi," kata Hakim Lim berhubung keputusan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi memerintahkan Utusan Melayu membayar ganti rugi kepada Lim.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Varghese George Varughese dan Hakim Tan Sri Idrus Harun, sebelum itu mendengar hujahan peguam mewakili Utusan Melayu, M. Reza Hassan yang berkata Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila hanya menumpukan pada perenggan tertentu dalam artikel itu apabila memutuskan artikel itu adalah memfitnah.

Beliau berkata artikel itu perlu dilihat secara keseluruhan dan mahkamah tidak  boleh hanya melihat kepada perenggan tertentu dalam artikel itu.

Tags / Kata Kunci: Utusan Melayu , Mahkamah Rayuan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan