Rebut Parkir: ‘Sasha Stering Lock’ Dan Lelaki Langgar Keretanya Didakwa

Diterbitkan: Rabu, 4 November 2015 6:29 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Insiden perebutan dan pertengkaran di kawasan parkir akhirnya membawa kedua-dua individu yang didakwa pelakunya ke Mahkamah Majistret, Rabu.

Cheah Jenq Yeh, 30 dan Shasha Farina Mohd Shapie, 35, didakwa di dua mahkamah berasingan di sini atas pertuduhan melakukan khianat pada 28 Okt lepas.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Cheah, seorang kontraktor, yang dituduh di hadapan Majistret Salamiah Salleh, didakwa melakukan khianat terhadap sebuah kereta Volvo warna hitam milik Shasha Farina, pada bahagian pintu penumpang sebelah kanan dengan melanggar berkali-kali menggunakan keretanya.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan kedai No. 43, Jalan SS 15/5A, Subang Jaya di sini, pukul 10.37 pagi, pada 28 Okt lepas.

Tertuduh yang berpakaian baju kemeja putih diwakili peguam Sreekant Pillai, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Ketika rayuan bagi mengurangkan jaminan, Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya menawarkan jaminan RM8,000, namun peguam memohon jaminan sebanyak RM2,000 sahaja dengan alasan anak guamnya menanggung seorang bapa berusia 67 tahun.

Majistret Salamiah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Shasha Farina, seorang ahli perniagaan, telah didakwa di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid dan didakwa melakukan khianat dengan mengetuk menggunakan pengunci stereng pada bahagian bonet hadapan, cermin sisi, pintu kiri dan kanan hadapan kereta Toyota Camry warna kelabu milik Cheah.

Shasha Farina didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, waktu dan hari yang sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah menawarkan jaminan RM8,000, namun tertuduh yang diwakili peguam Mohd Haijan Omar memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang sama dengan Cheah iaitu RM3,000.

Dalam prosiding itu, Mohd Haijan turut mempersoalkan mengapa anak guamnya dituduh sedangkan Shasha Farina adalah mangsa dalam kejadian tersebut.

Ahmad Solihin kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin.

Kedua-dua mahkamah yang mendengar kes tertuduh menetapkan 2 Dis untuk sebutan semula kes.

Baru-baru ini, video berdurasi 17 saat dipercayai dirakam oleh pihak lelaki yang tersebar di laman sosial memaparkan seorang wanita mengetuk kereta seorang lelaki yang meletakkan kenderaannya di tempat parkir yang disewa khas.

Tags / Kata Kunci: Parkir , Khianat

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan