Bersih 4: Maria Chin Didakwa

Diterbitkan: Selasa, 3 November 2015 2:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Maria Chin Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas tuduhan gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis berhubung penganjuran perhimpunan itu pada Ogos lepas.

Maria, 59, yang juga Pengerusi Perhimpunan Bersih 2.0, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mat Ghani Abdullah.

Sebagai penganjur, beliau didakwa gagal memberi notis pemberitahuan kepada polis Daerah Brickfields, di sini 10 hari sebelum mengadakan perhimpunan itu di hadapan kompleks beli-belah NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields di sini antara 2 petang hingga 3 petang, 29 Ogos lepas, yang melanggar Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Peguam Honey Tan Lay Ean, yang mewakili Maria sebagai orang kena saman, memohon mahkamah tidak mengenakan jaminan atas alasan anak guamnya sentiasa memberi kerjasama dan tidak akan melarikan diri kerana bekerja di negara ini.

Hakim Mat Ghani membenarkan Maria diikat jamin RM5,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Dis ini untuk sebutan semula kes.

Tags / Kata Kunci: Bersih , Maria Chin

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan