Peguam Najib Tunggu Respons WSJ Untuk Fail Saman Di Malaysia

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 3:14 PM

Datuk Mohd Hafarizam Harun

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak tidak berniat untuk berlengah dalam memfailkan saman fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Malaysia, kata peguamnya Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Katanya, beliau hanya menunggu pengesahan daripada WSJ sama ada ia bercadang untuk menggunakan Akta Speech berkaitan laporannya mengenai perdana menteri.

"Kami cenderung menasihatkan perdana menteri untuk memfailkan saman itu di Malaysia," katanya.

Akta Speech melindungi syarikat Amerika, khususnya syarikat media, daripada berdepan penghakiman fitnah di luar negara.

Mohd Hafarizam memberitahu pemberita pada Isnin bahawa beliau telah memaklumkan WSJ dalam surat bahawa punca tindakan akan menjadi fitnah.

Peguam bersama Najib, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata pasukan undang-undang itu ingin tahu dengan pasti jika WSJ mahu menggunakan undang-undang itu kerana ia menyediakan pelbagai imuniti.

Apabila ditanya mengapa Najib tidak memfailkan saman fitnah di Amerika Syarikat, Firoz berkata perdana menteri mempunyai pilihan di mana mahu memfailkan kes itu.

"Jika ahli politik itu dari Malaysia, mengapa dia mesti membawa guaman di negara asing? Di negara itu, anda juga tidak dikenali seperti di negara yang anda tinggal," kata Firoz.

Firoz berkata sudah menjadi kebiasaan bagi seorang perdana menteri memfailkan saman di sebuah negara di mana beliau dikenali kerana ia melibatkan nama baiknya.

Mohd Hafarizam berkata kes itu melibatkan penerbitan dalam talian yang boleh dilayari oleh semua pengguna Internet.

Mohd Hafarizam Harun berkata baru-baru ini pada pertengahan Disember, beliau telah menulis surat Peguam Kanan WSJ Philip Jeyaretnam yang berpangkalan di Singapura  untuk bertanya mengenai perkara itu.

Firoz berkata pasukan undang-undang mahu mengelak sebarang penghakiman menjadi 'penghakiman atas kertas'.

"Ia tiada nilai. Mengapa menyaman seseorang jika anda hanya mendapat penghakiman atas kertas?" kata Firoz.

Mohd Hafarizam berkata pasukan undang-undang bukan sahaja memohon penghakiman tetapi juga pembayaran ganti rugi ke atas penerbitan dalam talian itu.

WSJ telah menerbitkan satu artikel yang memetik seorang pegawai penyiasat yang tidak dinamakan mendakwa bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Pada 8 Julai, peguam Najib menghantar surat kepada WSJ memohon penjelasan berhubung artikel bertarikh 3 Julai itu.

Pejabat Perdana Menteri berkata artikel itu adalah sabotaj politik manakala 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang telah dikaitkan dalam perkara itu, menegaskan bahawa tidak ada dana telah dipindahkan ke dalam akaun Najib.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan