Tujuh Lelaki, Seorang Wanita Dituduh Culik, Bunuh Ahli Perniagaan

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 4:39 PM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Tujuh lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menculik dan membunuh seorang ahli perniagaan, di Skudai, di sini, September lepas.

S. Rajandran, 38; Yang Gui Zhong, 23; Loo Wei Beng, 27; Lau Koon Ping, 42; Andy Teoh Wet Lun, 22; Leong Chiew Yang, 34; Lim Choon Ann, 22; serta seorang wanita, Yew Hooi Lyn, 33, didakwa bersama-sama menculik Cheung Zi Hong, 22, untuk mendapatkan wang tebusan RM50,000.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di nombor 6, Jalan Sutera Utama 1/5, Taman Sutera Utama, Skudai, di sini, pada 1 tengah hari, 28 September lepas.

Kesemua mereka dituduh mengikut Seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kesemua mereka juga dituduh bersama-sama membunuh Cheung, di nombor 54, Jalan Hang Tuah 3, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, pada 10.15 malam, tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Kesemua meereka mengangguk memahami kedua-dua pertuduhan yang dibacakan, namun, tiada pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Taufik Sabri dan Noor Farhana Adham manakala hanya Lau dan Yew diwakili peguam iaitu GK Sritharan dan Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias kemudian menetapkan 7 Disember depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: bunuh , ahli perniagaan

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan