Ahli Perniagaan Dibebaskan, Tiada Kaitan Kes Bunuh Pengasas AmBank

Diterbitkan: Isnin, 2 November 2015 9:18 PM

Hussain Ahmad Najadi

Hussain Ahmad Najadi.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan tempatan  yang ditahan polis 15 Oktober lepas berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (AmBank) Hussain Ahmad Najadi, dibebaskan.

Suspek lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan dibebaskan Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata siasatan ke atas beliau telah dirujuk kepada timbalan pendakwa raya yang mendapati tiada keterangan ke atasnya untuk pertuduhan.

"Setelah polis menjalankan siasatan rapi dan merujuk kepada Jabatan Peguam Negara didapati tiada keterangan untuk mengaitkan suspek di dalam kes yang disiasat dan suspek dibebaskan," katanya ketika dihubungi di sini Isnin.

Zainuddin berkata suspek sebelum ini ditahan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada 29 Julai 2013, Hussain, 76, maut manakala isterinya cedera parah selepas ditembak ketika mereka keluar dari kawasan Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: AmBank , Hussain Ahmad Najadi

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan