Peguam Dr Ling Sahkan Terima Surat Saman Fitnah Najib

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 2:57 PM

Dr Ling Liong Sik.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peguam Tun Dr Ling Liong Sik mengesahkan bahawa mereka menerima surat saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak ke atas bekas menteri Kabinet itu.

Peguam utama Dr Ling, Ranjit Singh mengesahkan bahawa mereka menerima satu salinan saman sivil itu.

"Kita akan mengikut proses biasa. Kita akan memasuki memorandum kehadiran dan memfailkan pernyataan pembelaan kemudian," kata Ranjit.

Ranjit berkata mereka akan mengkaji tuntutan mahkamah sivil dan arahan lanjut daripada Dr Ling.

"Tun Dr Ling berhasrat untuk mempertahankan kes ini sehingga akhir hayatnya," katanya ketika dihubungi The Star.

Najib yang juga Perdana Menteri memfailkan saman fitnah terhadap Dr Ling atas kenyataan yang membayangkan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi.

Dalam kenyataan tuntutannya, Najib antara lain memohon perintah supaya Dr Ling menyiarkan kenyataan mohon maaf dalam akhbar atau majalah yang dikenal pasti oleh Najib, dalam bentuk dan terma yang akan ditentukan oleh plaintif (Najib).

Najib juga memohon injunksi untuk menghalang Dr Ling, atau melalui kakitangan atau ejennya daripada terus menuturkan atau menyiarkan apa-apa kenyataan berbaur fitnah atau apa-apa perkataan berbaur fitnah yang serupa terhadapnya.

Beliau juga memohon ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Najib berkata Dr Ling telah secara palsu dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadapnya semasa menghadiri satu upacara di sebuah kolej universiti di sini, yang disiarkan dalam portal berita pada 3 Oktober menerusi satu artikel.

Perdana menteri mendakwa bahawa defendan telah menuturkan perkataan-perkataan berbaur fitnah dengan berniat jahat supaya plaintif berada dalam kancah skandal, dipandang hina dan kebencian.

Najib berkata mengikut pengertian nyata dan biasa, perkataan-perkataan yang diterbitkan dalam artikel itu difahamkan membawa maksud, antara lain, beliau telah menggelap dana awam ke dalam akaun peribadi beliau, dan bahawa beliau telah menyalah guna dana itu untuk kepentingan peribadi, dan beliau telah menyalah guna dana itu untuk meraih kekayaan dan keuntungan untuk kepentingan dan keuntungan peribadi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan