Empat Pegawai TLDM Termasuk Suami Isteri Mengaku Tak Bersalah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 4:16 PM

Kuvendran Sukumaran salah seorang daripada empat pegawai TLDM yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Empat pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), termasuk sepasang suami isteri berhadapan 16 pertuduhan berkaitan kesalahan pengubahan wang haram hampir RM2 juta.

Sebelum ini, semua pegawai tentera terlibat juga berhadapan tuduhan rasuah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Leftenan Komander Rizalman Ghazali, 36, dan isterinya, Leftenan Komander Rozlin Mustafa, 33; Leftenan Komander Khairul Izwan Mohd Khir, 37, dan Leftenan Kuvendran Sukumaran, 32, mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Jumaat.

SPRM menerusi kenyataan memberitahu, Rizalman dan Rozlin masing-masing berhadapan dengan tiga pertuduhan, manakala Khairul Izwan dan Kuvendran masing-masing lima pertuduhan.

Sejak awal September 2015, SPRM telah mendakwa lima pegawai TLDM di bawah Kanun Keseksaan dan Akta SPRM 2009 manakala seorang daripada mereka di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Rozlin, Pegawai Kawalan Material 3, Depot Bekalan Armada TLDM, Lumut, Rizalman dan Kuvendran pernah didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada 8 Oktober lalu atas 10 pertuduhan menerima suapan lebih RM500,000 berkaitan urusan pembekalan barangan ke TLDM.

Selain itu, Khairul Izwan, yang merupakan Pegawai Kawalan Material 2 di depot sama, telah pun didakwa atas lima pertuduhan membabitkan sogokan berjumlah RM1.5 juta pada 9 September 2015.

Rizalman Ghazali salah seorang daripada empat pegawai TLDM yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Perak, Jumaat.

Tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas Rozlin hari ini adalah: 

Pertuduhan pertama: Pada 15 Oktober 2014, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut telah menerima wang berjumlah RM30,011.44, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, melalui akaun milik Hussin Roslim @ Roslind, Hussin Roslim @ Roslind yang syarikat-syarikat miliknya mempunyai kepentingan dengan tugas rasmi tertuduh. Dengan itu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan kedua: Pada 2 Januari 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut, telah menerima wang berjumlah RM200,000, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui akaun milik Hussin. Dengan itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan ketiga: Antara 15 Oktober 2014 hingga 21 Februari 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut telah menggunakan wang dari akaun milik Hussin berjumlah RM54,820, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram. Dengan itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Tiga pertuduhan yang dikenakan ke atas Rizalman adalah:

Pertuduhan pertama: Pada 15 Oktober 2014, di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung, Taman Samudera, Seri Manjung, telah menerima wang berjumlah RM175,841.41, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui akaun milik Norsuriawati Hassan. Dengan itu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan kedua: Pada 26 Disember 2014, di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung, Taman Samudera, Seri Manjung telah menerima wang berjumlah RM15,000, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui akaun milik Norsuriawati. Dengan itu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan ketiga: Antara 15 Oktober 2014 hingga 11 Mac 2015, di CIMB Bank Cawangan Seri Manjung, Taman Samudera, Seri Manjung telah menggunakan wang dari akaun CIMB Bank milik Norsuriawati berjumlah RM128,534.25 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Lima pertuduhan dikenakan ke atas Khairul adalah:

Pertuduhan pertama: Pada 9 Februari 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut, telah menerima wang berjumlah RM200,000 melalui akaun Affin Bank milik Khairul Azmie Alishopian, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan kedua: Pada 12 Februari 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut, telah menerima wang berjumlah RM500,000 melalui akaun Affin Bank milik Khairul Azmie, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan ketiga: Pada 16 Februari 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut telah menerima wang berjumlah RM200,000 melalui akaun Affin Bank milik Khairul Azmie, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan keempat: Pada 27 Februari 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut, telah menerima wang berjumlah RM500,000 melalui akaun Affin Bank milik Khairul Azmie, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan kelima: Di antara 10 Februari 2015 hingga 7 Mac 2015, di Affin Bank Cawangan Sitiawan, Taman Sitiawan 1, Jalan Lumut, telah menggunakan wang dari akaun Affin Bank milik Khairul Azmie berjumlah RM25,500, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Lima pertuduhan dikenakan ke atas Kuvendran adalah:

Pertuduhan pertama: Di antara 6 September 2014 sehingga 8 Februari 2015, di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Taman Samudera, telah menggunakan wang dari akaun CIMB milik Nasir Abdullah yang berjumlah RM37,143.80, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pertuduhan kedua: Pada 7 Januari 2014, di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Taman Samudera, Manjung telah melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM68,471.97, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui akaun CIMB milik Nasir dan oleh itu, telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pertuduhan ketiga: Pada 15 Mei 2014, di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Taman Samudera, Manjung, telah melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM10,000, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram melalui akaun CIMB milik Nasir dan oleh itu, telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pertuduhan keempat: Pada 3 Jun 2014, di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Taman Samudera, Manjung, telah melibatkan diri dalam aktiviti penggubahan wang haram iaitu menerima wang berjumlah RM4,500 melalui akaun CIMB milik Nasir, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Pertuduhan kelima: Pada 3 Oktober 2014, di CIMB Bank Cawangan Sri Manjung, Taman Samudera, Manjung telah menerima wang berjumlah RM22,000 melalui akaun CIMB milik Nasir yang merupakan hasil daripada aktiviti haram dan oleh itu, telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun atau denda tidak melebihi RM5 juta atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

Bagi Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 pula, jika didapati bersalah, tertuduh boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Kes bagi pihak SPRM dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, A. Hafiizh Abu Bakar, manakala keempat-empat tertuduh diwakili peguam Norhasham Hasan.

Bagi Kuvendran, Hakim Rushan Lufti Mohamed membenarkan beliau diikat jamin dengan RM31,000 dan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan yang dihadapi.

Dalam pada itu, Rizalman dibenarkan ikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin, manakala Rozlin RM30,000 dengan seorang penjamin. 

Selain itu, Khairul pula dibenarkan ikat jamin RM150,000 dan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.

Kes akan disebut semula pada 3 Disember 2015.

Tags / Kata Kunci: TLDM , SPRM , Rizalman Ghazali , wang haram

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan