Jurujual, Dua Anak Bebas Tuduhan Memperdagangkan Pembantu Rumah

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 8:52 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang jurujual dan dua anak perempuannya dibebaskan Mahkamah Rayuan di sini daripada tuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Kemboja pada 2011.

Keputusan itu dibuat panel tiga hakim dianggotai Datuk Wira Mohtarudin Baki, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Datuk Zamani A. Rahim.

Panel itu membenarkan rayuan Yeow Kim Bok, 54, dan anak perempuannya Sheh Yan, 25, seorang pembantu undang-undang, dan Sheh Li, 33, ibu tunggal dua anak, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhi hukuman penjara terhadap mereka.

Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman penjara masing-masing tiga tahun terhadap Kim Bok dan Sheh Yan, manakala Sheh Li, 33, dikenakan hukuman penjara setahun.

Selepas rayuan mereka ditolak Mahkamah Tinggi, mereka mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Ketiga-tiga mereka dituduh melakukan kesalahan itu terhadap Neak Ban, 25, di sebuah rumah di Taman Sri Sinar Segambut, Sentul, Kuala Lumpur pada 1.30 tengah hari, 3 Ogos 2011.

Bagaimanapun, mahkamah itu mengekalkan sabitan kesalahan Kim Bok bagi tuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Neak dengan menumbuknya dan mengentak kepala wanita itu pada satu dinding di rumah berkenaan pada 9 pagi hari sama.

Sabitan kesalahan Sheh Yan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Neak dengan menumbuk dan menamparnya serta menendang belakangnya di rumah itu antara 6 petang pada 2 Ogos dan 9 pagi 3 Ogos 2011, dikekalkan Mahkamah Rayuan.

Mohtarudin berkata hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 yang dikenakan terhadap Kim Bok dan Sheh Yan kerana menyebabkan kecederaan adalah berlebihan dan beliau mengetepikan hukumn penjara serta menggantikannya dengan hukuman masing-masing didenda RM1,000 atau dua bulan penjara.

Sementara itu, mahkamah berkenaan mengekalkan sabitan kesalahan Sheh Yan bagi tuduhan menghalang Insp M. Sathiyaseelan daripada menjalankan tugasnya dengan menendang kakinya di tempat sama pada 1.30 tengah hari, 3 Ogos 2011.

Mahkamah itu juga mengekalkan sabitan kesalahan Mona Ooi Jia Yi, 22, seorang pelajar, kerana menghalang Kpl Noor Diana Nasaruddin daripada menggari Sheh Yan di tempat dan masa yang sama.

Bagaimanapun, hukuman penjara tiga tahun dan denda RM3,000 terhadap mereka diketepikan dan diganti dengan denda RM6,000 atau tiga bulan penjara.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Mahkamah Rayuan , Yeow Kim Bok

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan