Mahkamah Tinggi Bebaskan Remaja Daripada Pertuduhan Bunuh Bapa

Diterbitkan: Jumaat, 30 Oktober 2015 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat melepas dan membebaskan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun daripada pertuduhan membunuh bapanya di rumah mereka tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman Noorin Badaruddin membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, yang diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu, pada akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan, yang dikendali Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Jeffrey Ong, mengemukakan 15 saksi termasuk ibu tertuduh.

Remaja itu, ketika kejadian berusia 15 tahun, didakwa membunuh bapanya, 40, di Taman Bersatu, Simpang Pulai antara pukul 11.30 malam 30 April 2012 dan 12.30 malam 1 Mei 2012 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Noorin berkata mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan elemen ketiga dalam pertuduhan iaitu tertuduh, secara bersendirian, telah menyebabkan kecederaan terhadap mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Beliau berkata keterangan forensik menunjukkan terdapat kemungkinan mangsa diserang oleh lebih daripada seorang individu berdasarkan kehadiran DNA asing dalam bentuk darah yang dikesan di seluar pendek tertuduh serta tapak kaki di tempat kejadian.

"Inferens munasabah yang boleh dibuat oleh mahkamah ialah terdapat seorang lagi yang mengalami kecederaan berdasarkan kesan darah yang ditemui.

"Selain itu, tertuduh mengalami kecederaan namun ia tidak dikenal pasti (sama ada tertuduh juga telah diserang seperti bapanya) kerana tertuduh dibawa ke hospital hanya untuk mendapatkan sampel darahnya," katanya.

Noorin berkata mahkamah juga mendapati penemuan dua bilah pisau bukan keterangan langsung yang menunjukkan tertuduh melakukan kesalahan itu kerana ia hanya membuktikan tertuduh tahu di mana pisau itu berada.

Beliau berkata kehadiran DNA asing sekali lagi menimbulkan keraguan adakah tertuduh adalah satu-satunya orang yang menggunakan kedua-dua pisau berkenaan.

Noorin berkata meskipun ibu tertuduh, yang merupakan saksi keempat pendakwaan, boleh disifatkan sebagai 'saksi yang berat sebelah' namun, keterangan beliau tidak semestinya tidak boleh diterima sekalipun sukar untuk dipercayai.

"SP4 (ibu tertuduh) berkata rumah kediaman mereka telah dicerobohi pencuri dan pencuri itulah yang membunuh suaminya. SP4 turut memaklumkan tentang kehilangan wang akibat peristiwa itu.

"Mahkamah mendapati keterangan ini bukan 'after thought' (setelah  berfikir) kerana SP4 telah membuat laporan polis bahawa rumah mereka telah dicerobohi dan keterangan ini perlu disangkal oleh pihak pendakwaan," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata pegawai penyiasat kes gagal mengambil tindakan sewajarnya berhubung perkara itu.

Sejurus selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, remaja berkenaan dipeluk anggota keluarga yang hadir termasuk ibu dan ibu saudaranya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, remaja berkenaan berkata dia berhasrat untuk meneruskan pembelajarannya dan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan.

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan