Warga Britain Didakwa Ugut Dan Pecahkan Cermin Kereta

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 2:01 PM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang warga Britain pada Selasa didakwa atas pertuduhan mengugut dan memecahkan cermin kereta dalam satu insiden di Lebuhraya Utara-Selatan, Ahad lepas.

Mcgruer Kenneth George, 40, pengarah syarikat agensi pekerjaan, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu di Mahkamah Majistret di sini.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan ugutan jenayah ke atas pemandu kereta Myvi, Dzulzalali Iqram Osman, 30, seorang jurutera, dengan niat untuk menyebabkan kecederaan.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin kereta Myvi milik Moeznimanwaty Osman, 39, mengikut Seksyen 427 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kenneth didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di KM 305 lebuh raya berkenaan arah Kuala Lumpur ke Seremban, antara 6.24 petang dan 6.30 petang pada 25 Oktober.

Ketika rayuan, lelaki itu yang diwakili peguam Diar Isda Yasmin Ismail memohon mahkamah tidak mengambil pasportnya bagi membolehkannya menjalankan urusan syarikat seperti biasa.

Diar Isda Yasmin berkata anak guamnya telah memberi kerjasama baik dengan hadir sendiri ke balai polis dan mahkamah tanpa perlu ditahan, malah telah menetap di negara ini sejak 2002.

Majistret Aina Azahra Ariffin memutuskan supaya tertuduh menyerahkan pasport dan menetapkan wang jaminan RM11,000 dengan dua penjamin warga Malaysia untuk kedua-dua pertuduhan.

Beliau turut menetapkan 4 Dis untuk sebutan. Tertuduh membayar jaminan tersebut. Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya R. Siamalah.

Tags / Kata Kunci: Britain , ugut

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan