Rayuan Bekas Anggota Lembaga Pengarah Syarikat Pembekal Ubat Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 27 Oktober 2015 5:42 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menolak rayuan seorang bekas anggota Lembaga Pengarah syarikat pembekal ubat-ubatan, untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10,000 terhadapnya kerana melakukan pecah amanah membabitkan RM700,000, sembilan tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha bagaimanapun mengurangkan tempoh hukuman penjara ke atas Ismail Mohd Othman, 52, daripada tujuh ke lima tahun, dan mengekalkan jumlah denda RM10,000 yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 28 Ogos tahun lepas.

Ghazali membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Yasmin Abdul Razak ke atas Ismail itu adalah selamat dan tepat.

Hakim itu turut bersetuju dengan pendapat hakim Mahkamah Sesyen itu bahawa pembelaan Ismail adalah rekaan semata-mata dan bersifat difikirkan semula.

Ghazali bagaimanapun membenarkan permohonan pihak perayu yang diwakili peguam Salim Bashir serta Halim Ashgar Mohd Hilmi untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan dan mengekalkan jumlah jaminan RM150,000 ke atas Ismail.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjadi anggota Lembaga Pengarah Megah Mahsuri Sdn Bhd, di Malayan Banking Bhd, West Tower, Wisma Consplant 1, Jalan SS 16/4, Subang Jaya pada 10 Februari 2006.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu, Salim memohon mahkamah mengurangkan hukuman ke atas anak guamnya atas alasan kesalahan dilakukan Ismail tidak melibatkan kekerasan jenayah sebaliknya melibatkan kesalahan komersial.

"Pohon mahkamah ambil kira juga tertuduh sudah berusia 52 tahun serta tiada rekod kesalahan lampau dan hukuman yang panjang akan menyukarkan keadaan lebih-lebih lagi anak guam saya ialah pencari rezeki tunggal dan anak-anaknya ada yang masih bersekolah," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurshuhaida Zainal Azahar yang mewakili responden pula memohon mahkamah mengekalkan hukuman penjara tujuh tahun dan RM10,000 denda ke atas tertuduh itu atas alasan kesalahan yang dilakukannya serius. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan