Mahkamah Rayuan Bebaskan Bapa Atas Tuduhan Bunuh Tiga Anak

Diterbitkan: Isnin, 26 Oktober 2015 5:54 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pemandu traktor terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh tiga orang anaknya yang ditemui lemas di dalam kolam.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Mohtaruddin Baki sebulat suara membenarkan rayuan R. Munesuaran untuk mengetepikan sabitan dan hukuman mati selepas memutuskan rayuannya mempunyai merit.

Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat dan Hakim Datuk Zamani A. Rahim turut menganggotai panel itu.

Munesuaran, 33, mengemukakan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada 24 Feb lepas yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya selepas mendapati dia bersalah terhadap ketiga-tiga pembunuhan itu.

Selepas selesai mahkamah membacakan keputusannya, Munesuaran yang memakai baju penjara berwarna merah-putih berkata: "Terima kasih Yang Arif". Dia dilihat mengangguk-angguk kepalanya dan tersenyum.

Dia didakwa membunuh dua anak perempuannya Nivyatharshini yang berusia lima tahun, Renisha, tiga, dan anak lelaki Thevanesh, 2, di kolam air di ladang Lambak Elias di Jalan Mengkibol antara 6.30 petang dan 7.30 malam pada 22 Ogos 2011. 

Tags / Kata Kunci: Bunuh , Anak

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan