Ibu Tunggal Dipenjara 60 Bulan Sokong Perbuatan Pengganas Di Laman Sosial

Diterbitkan: Jumaat, 23 Oktober 2015 8:30 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang ibu tunggal yang memuat naik  gambar dan cerita perjuangan seorang daripada anaknya di Syria dijatuhi hukuman penjara 60 bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat.

Azizah Md Yusof, 55 yang mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan cuba memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial dijatuhi 30 bulan penjara bagi setiap satu pertuduhan itu.

Bagaimanapun, Hakim Kamardin Hashim memerintahkannya menjalani hukuman secara serentak bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 28 April tahun lalu.

Dalam penghakimannya, Kamardin berkata mahkamah mengambil kira pelbagai faktor termasuk mengutamakan kepentingan awam serta kesan kesalahan yang dilakukannya terhadap masyarakat.

Mahkamah turut mengambil kira rayuan yang dikemukakan peguam KC Suzalena Salleh yang meminta mahkamah mengambil kira faktor masalah kehidupan dan kesihatan tertuduh yang ditinggalkan suami dan perlu membesarkan lima anak seorang diri.

"Mahkamah memandang serius kesalahan pengganas, terutama melibatkan laman sosial yang digunakan sebagai pengantara untuk menyebarkan fahaman atau ideologi 'Fisabillillah'.

"Apabila laman sosial digunakan untuk tujuan itu, ia akan menyebabkan remaja muda terjebak untuk mengikuti gerakan mempromosi kegiatan I.S. di Malaysia," kata Kamardin.

Pada 23 Mei tahun lalu, ibu kepada lima anak itu didakwa cuba memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui dua akaun dalam laman sosial Facebook iaitu 'Wan Jah' dan 'Azizah Yusof'.

Azizah didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Bahagian E8, Cawangan Khas, Tingkat 24, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada kira-kira 2 petang 24 April 2014.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan. Pada 4 Jun tahun lalu, Azizah mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 Kanun sama yang membawa hukuman penjara setengah daripada hukuman lama iaitu 30 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norinna Bahadun dan Jasmee Hameeza Jaafar memohon tertuduh dikenakan hukuman berat bagi memberi mesej keburukan mengenai pengganas bukan sahaja terhadap tertuduh bahkan kepada masyarakat luar.-- Bernama



Tags / Kata Kunci: Azizah Md Yusof , Kamardin Hashim , Syria

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan