Mahkamah Keluar Waran Tangkap Terhadap Pelakon Zarina Anjoulie

Diterbitkan: Khamis, 22 Oktober 2015 9:17 PM

Pelakon dan model, Zarina Ann Jolie (tengah) menutup mukanya daripada dirakam oleh pihak media ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas kesalahan memliki dadah, pada 2013.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini pada Khamis mengeluarkan waran tangkap terhadap pelakon dan model Zarina Anjoulie kerana gagal hadir pada perbicaraan kes dadah yang dihadapinya.

Majistret Mohd Nazri Omran membuat perintah itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya supaya waran tangkap dikeluarkan terhadap Zarina, nama penuhnya Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 29.

Ini berikutan Zarina gagal hadir kali ketiga tanpa alasan sejak 31 Julai lalu selepas mahkamah memerintahkannya membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Siti Fatimah berkata pihaknya juga memohon waran tangkap itu kerana tindakan tertuduh telah membuang masa dan kos mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes bagi penjamin memastikan kehadiran Zarina ke mahkamah pada tarikh tersebut.

"Tarikh tersebut merupakan ruang terakhir kepada penjamin bagi memastikan tertuduh hadir. Jika gagal berbuat demikian mahkamah akan merampas wang jaminan," kata Majistret.

Sementara itu, penjamin kepada Zarina yang enggan mendedahkan namanya kepada media memberitahu mahkamah bahawa dia gagal menghubungi pelakon itu  kerana dia dan Zarina hanya kawan biasa dan kali terakhir berjumpa beberapa bulan lepas selain sukar menghubungi Zarina kerana sering bertukar nombor telefon bimbit.

"Tertuduh sebelum ini sering bertukar peguam bagi mewakilinya dalam kes itu.Bagaimanapun, peguam baharu yang sepatutnya mewakili pelakon itu juga tidak kelihatan," kata Siti Fatimah.

Hari ini, pelakon kacukan Melayu, Iran dan Scotland itu yang terkenal dengan drama bersiri 'Anak Pontianak' sepatutnya memberi keterangannya.

Sementara itu, rakan Zarina, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 29, yang didakwa bersama-sama artis itu hadir ke mahkamah.

Zarina dan Mohamad Fakhruzaim didakwa menggunakan dadah jenis Methamphetamine dan air kencing mereka didapati positif dadah jenis tersebut.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di Pejabat Narkotik Damansara di sini pada 8.10 malam, 30 Disember 2012 mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM5,000, jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan