Miliki Telefon Tertera Bendera IS, Anggota Tentera Dipenjara 7 Bulan

Diterbitkan: Selasa, 20 Oktober 2015 6:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota tentera dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah memiliki sebuah telefon bimbit yang mengandungi gambar bendera kumpulan pengganas Islamic State (IS).

Hakim Siti Mariah Ahmad memerintahkan Koperal Mohd Azidi Said, 28, dari Kolej Tentera Darat, Kem Segenting, Port Dickson, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 19 Ogos lepas.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Siti Mariah berkata mahkamah mengambil kira tertuduh tidak mempunyai kesalahan lampau dan pengakuan bersalahnya telah menjimatkan masa mahkamah.

Katanya, mahkamah turut mengambil kira rayuan bahawa tertuduh telah insaf dan sedar ideologi yang diperjuangkan oleh IS adalah bertentangan dengan ideologi Islam yang sebenar.

"Oleh itu, mahkamah menjatuhkan hukuman yang paling munasabah iaitu tujuh bulan penjara dari tarikh tertuduh ditangkap," katanya yang turut memerintahkan supaya telefon bimbit tertuduh diserahkan kepada pihak polis untuk dilupuskan.

Mohd Azidi dituduh melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson di sini pada 10.05 pagi, 19 Ogos lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan dirampas harta yang digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, Mohd Azidi mula melayari laman web mengenai perjuangan IS di Syria selepas timbul minat dalam dirinya untuk berjihad.

Tertuduh kemudiannya telah memuat turun satu gambar bendera IS ke dalam telefon bimbit jenis Samsung miliknya sebelum dia ditangkap oleh pihak polis pada 19 Ogos lepas.

Berdasarkan laporan forensik, gambar bendera yang tersimpan dalam telefon bimbitnya itu adalah bahan yang berkaitan dengan IS.

Mohd Azidi yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia menyesal dengan tindakannya terpengaruh dengan ideologi dan dakyah yang diperjuangkan oleh IS.

"Pada mulanya, saya rasa perjuangan IS adalah benar tapi akhirnya saya dapati perjuangan mereka tersasar dari landasan Islam," katanya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding.

Mohd Azidi berkata dia yang merupakan penanggung tunggal keluarga telah memberikan wang belanja sebanyak RM450 pada setiap bulan kepada ibu bapanya yang sudah uzur, yang tinggal di Slim River, Perak.

"Sepanjang saya ditahan oleh polis, ibu bapa saya tidak pernah melawat saya kerana mereka mempunyai masalah kewangan," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon hukuman berbentuk pengajaran supaya ia bukan sahaja menyedarkan tertuduh malahan anggota tentera lain yang turut ditangkap kerana terlibat dalam kes sama.

Tags / Kata Kunci: Mahkamah , IS , Tentera

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan