Khairuddin, Matthias Chang Mula Prosiding Hina Mahkamah Terhadap Peguam Negara

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 5:22 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguam Matthias Chang Wen Chieh akan memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Peguam mereka, Mohamed Hanif Khatri Abdulla memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin pada Isnin bahawa anak guamnya mengarahkan beliau untuk berbuat demikian dalam masa terdekat selepas Mohamed Apandi mengadakan sidang akhbar pada 13 Oktober mengenai kedua-duanya yang didakwa cuba mensabotaj perkhidmatan perbankan dan kewangan negara.

Mohamed Hanif berkata anak guamnya memfailkan usul berhubung dengan dakwaan itu pada 10.30 pagi 13 Oktober.

Peguam Negara mengadakan sidang akhbar pada 2.30 petang hari yang sama, menjelaskan mengenai dakwaan itu.

"Ia adalah aduan daripada pemohon (Khairuddin dan Chang) bahawa kandungan sidang akhbar itu ialah perkara-perkara yang subjudis di hadapan mahkamah yang mulia," katanya kepada mahkamah sebelum bermulanya pendengaran usul itu.

Oleh itu, katanya, terdapat satu bahaya prejudis yang begitu besar dan sebenar terhadap penetapan usul anak guamnya.

Pada sidang akhbar di Jabatan Peguam Negara, Mohamed Apandi menjelaskan mengenai peruntukan undang-undang yang digunakan dalam kes Khairuddin dan Chang.

Beliau berkata mereka didakwa mengikut Kanun Keseksaan dan bukannya Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Khairuddin, 53, dan Chang, 65, didakwa mengikut Seksyen 124L Kanun Keseksaan  (Akta 547) dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di lima lokasi antara 28 Jun dan 26 Ogos tahun ini.

Lokasi berkenaan adalah pejabat Ketua Bahagian Jenayah Ekonomi dan Kewangan Perancis di Paris, Balai polis Charing Cross, London, United Kingdom, Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern, Balai polis WaiChan, Hongkong dan Ibu Pejabat Polis Cantonment, Singapura. - BERNAMA


Tags / Kata Kunci: Khairuddin Abu Hassan , Matthias Chang , Umno

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan