Mahkamah Bebas Ibu Pelakon Umi Nazeera Tanpa Dipanggil Bela Diri

Diterbitkan: Isnin, 19 Oktober 2015 3:31 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini melepas dan membebaskan ibu kepada pelakon Ummi Nazeera daripada tuduhan memberi keterangan palsu ketika perbicaraan berhubung kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, enam tahun lalu.    

Majistret Nur Azura Murah membuat keputusan itu di akhir kes pendakwaan terhadap Datuk Maziah Musa, 51, seorang ahli perniagaan, selepas pendakwaan gagal membuktikan prima facie.   

"Pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh. Pihak pendakwaan telah banyak membuang masa mahkamah dengan menampilkan saksi-saksi yang tidak dapat buktikan elemen secara kukuh.   

"Kesimpulannya tiada satupun elemen secara prima facie, pertuduhan adalah berniat jahat sehingga mengambil masa dua tahun setengah," katanya.   

Pada 20 Mei 2013, Maziah pertama kali dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan dengan sengaja memberi keterangan palsu pada perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 16 Oktober 2009, namun dia dibebas tanpa dilepaskan (DNAA) oleh mahkamah kerana beberapa saksi penting tidak dapat hadir pada perbicaraan lalu.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan menggunakan sijil nikah palsu bertarikh 25 Disember 1997 yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Narathiwat Thailand.    

Bagaimanapun, Maziah sekali lagi didakwa bagi pertuduhan yang sama pada 31 Julai 2015.    

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan telah memanggil lapan saksi.   

Terdahulu di dalam galeri awam, Maziah yang berada di kandang tertuduh tidak dapat menahan sebak dan meluru ke arah anaknya Ummi Nazeera dan Nazreen Zainul Abadin sejurus selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu.   

Anggota keluarga juga dilihat berpelukan dan mengalirkan air mata kegembiraan.   

Ketika ditemui di luar mahkamah, Maziah memberitahu pemberita dia bersyukur dengan keputusan itu manakala Ummi Nazeera pula berkata seluruh anggota keluarganya gembira dengan perkembangan itu setelah melihat kesedihan yang ditanggung ibunya sekian lama.   

Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Asp Nom Phot Prackdit manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Tags / Kata Kunci: Datuk Maziah Musa , Umi Nazeera

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan