Seks Luar Tabii: Tambah Hukuman Penjara 12 Tahun, Dua Sebatan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Oktober 2015 6:50 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang pengawal keselamatan yang didapati bersalah kerana melakukan seks luar tabii ke atas seorang kanak-kanak semasa dalam jagaan isterinya ketika itu, terpaksa merengkuk lebih lama di dalam penjara selain menerima dua sebatan selepas Mahkamah Rayuan di sini menambah hukumannya.

Adleen Che Ibrahim, 32, pada mulanya dihukum penjara lapan tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang atas kesalahannya memaksa seorang kanak-kanak berumur lima tahun melakukan seks luar tabii di bilik mandi rumahnya pada 15 Ogos 2011.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Hakim Datuk Aziah Ali, Jumaat menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas membenarkan rayuan pendakwaan bagi hukuman lebih berat ke atas Adleen.

Hakim Aziah mengarahkan agar hukuman dijalankan bermula 19 Feb 2013, iaitu tarikh Mahkamah Sesyen menjatuhi hukuman.

Semasa menambah hukuman itu, beliau berkata mahkamah mengambil kira jenis kesalahan yang dilakukan apabila mangsa yang berusia lima tahun semasa kejadian, dihantar oleh ibunya untuk dijaga isteri Adleen.

Hakim Aziah berkata mahkamah memandang serius kesalahan ini.

Sementara itu, panel hakim yang turut dianggotai Hakim Datuk David Wong Dak Wah dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Adleen terhadap sabitan dan hukuman penjara lapan tahun.

Dalam prosiding hari ini, mahkamah diberitahu bahawa ibu kanak-kanak perempuan itu membuat laporan polis selepas dia bertanya kepada anaknya yang mengadu sakit kerongkong.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar memohon kepada mahkamah supaya menambah jumlah hukuman penjara dan mengenakan hukuman sebat ke atas Azleen, dengan menyatakan dia mengambil kesempatan.

Beliau juga memohon mahkamah mempertimbangkan kenyataan impak kesalahan ke atas mangsa (VIS) yang menyatakan bahawa ibu dan anak, sekarang berusia sembilan tahun, trauma dengan kejadian itu.

Ibu mangsa menyatakan dia fobia menghantar anak perempuannya kepada pengasuh terutama sekali apabila ada lelaki dalam keluarga itu.

Peguam P.Sutheswary merayu agar hukuman diringankan memandangkan ini kesalahan pertama anak guamnya dan dia terpaksa menjaga ibu bapanya.

Beliau berkata Adleen dan isterinya tidak mempunyai anak.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: seks luar tabii , Mahkamah Rayuan

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan