Tiga Suspek Kes Culik Di Sg Chua Dituduh Pada Jumaat

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 6:20 PM

Tiga suspek kes culik kanak-kanak berusia 5 tahun akan dituduh di Mahkamah Kajang pada Jumaat. Manakala pemandu teksi dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tiga suspek dalam kes penculikan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua pada Jumaat lepas akan dituduh di Mahkamah Kajang pada Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah, berkata tiga lelaki berumur antara 28 dan 45 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

"Kami merujuk kertas siasatan berhubung kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini (Khamis) dan mereka telah keluarkan arahan untuk tuduh tiga suspek esok (Jumaat).

"Pemandu teksi berumur 40 tahun yang sebelum ini turut ditahan bagaimana pun dibebaskan dengan bon mengikut Seksyen 49 Kanun Prosedur Jenayah," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Media sebelum ini melaporkan penahanan empat lelaki, termasuk dalang yang disyaki terlibat dalam penculikan itu, dilakukan tiga orang tempatan berkereta Proton Saga di hadapan pra sekolah di Sungai Chua pada 9.26 pagi.

Kesemua suspek ditahan secara berasingan malam Jumaat lepas dan seorang daripada mereka adalah warga Indonesia.

Antara yang ditahan adalah pemandu teksi yang menghantar pulang kanak-kanak itu.

Kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dan dihantar pulang oleh pemandu teksi berkenaan kepada keluarga mangsa di Taman Suria, Sungai Chua, setelah wang tebusan RM300,000 dibayar bapa mangsa.

Tags / Kata Kunci: Kes Culik Sg Chua

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan