Atlet Sukma Bebas Tuduhan Rogol Pegawai Pengiring

Diterbitkan: Khamis, 15 Oktober 2015 4:19 PM

Adib Adha Ismail, 20, keluar dari Mahkamah Sesyen selepas dilepaskan dan dibebaskan daripada tuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan tersebut semasa temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2013 di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, dua tahun lalu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang atlet bola baling lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2013 hari ini dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan merogol seorang pegawai pengiring pasukan bola baling, dua tahun lepas. 

Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat membuat keputusan itu selepasmendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Adib Adha Ismail, 20, di akhir kes pendakwaan.

Oleh itu, katanya tertuduh tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

"Mangsa tidak dapat memastikan dengan jelas sama ada tertuduh merogolnya atau tidak, sebaliknya mangsa hanya mengecam seorang daripada ketiga-tiga tertuduh yang merogolnya.

"Tiada apa yang boleh dikaitkan dengan kamu selain profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada tuala, namun ia bukan bukti langsung yang boleh menunjukkan kehadiran kamu di tempat kejadian. Selain itu, banyak keraguan timbul berdasarkan keterangan saksi," kata hakim itu.

Tertuduh didakwa merogol wanita berusia 20 tahun itu di sebuah bilik di perkampungan sukan di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, pukul 4.10 pagi, 4 Julai 2013.

Pada 11 Julai 2013, tertuduh didakwa bersama-sama dua lagi atlet bola baling lelaki Sukma 2013 iaitu Megat Farzeril Faiz Megat Razali, 21, dan Mohammad Shaizzad Md Shafie, 21, merogol wanita sama, di tempat dan hari sama.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, pada 9 Oktober 2014 Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan itu kerana saksi tidak hadir pada perbicaraan kesitu.

Pada 3 November 2014 mereka didakwa semula di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan sama. Bagaimanapun pada hari itu hanya Adib Adha yang hadir ke mahkamah manakala dua lagi rakannya tidak hadir.

Hari ini mahkamah menetapkan keputusan di akhir kes pendakwaan terhadap Adib Adha selepas mendengar keterangan 14 saksi pendakwaan termasuk mangsa dan rakan baik mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin manakala Adib Adha diwakili peguam Guok Ngek Seong.

Tags / Kata Kunci: Atlet Sukma , Rogol

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan