Khairuddin Tarik Balik Permohonan Habeas Corpus Cabar Penahanan Bawah Sosma

Diterbitkan: Selasa, 13 Oktober 2015 11:13 AM

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah menarik balik permohonan untuk mencabar penahanannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma).

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan itu telah memfailkan permohonan habeas corpus pada 2 Oktober bagi mempertikaikan penahanannya selama 28 hari.


Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim kemudian menolak permohonan Khairuddin selepas peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya ingin menarik balik permohonan itu.

Haniff berkata, permohonan itu akan menjadi akademik kerana anak guamnya kini ditahan di penjara Sungai Buloh, bukan lagi di Balai Polis Dang Wangi.

Dalam notis usul yang difailkan, Khairuddin, 53, menamakan Timbalan Ketua Daerah Polis Dang Wangi Superintendan Habibi Majinji, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Ketua Polis Negara dan kerajaan sebagai responden.

Beliau memohon perintah mahkamah bahawa penahanan beliau melalui notis di bawah Seksyen 4 (5) Akta, bertarikh 24 September yang dikeluarkan oleh Habibi dan dilaksanakan di bawah pengawasan Ketua Polis Daerah Dang Wangi adalah batal dan tidak sah.

Beliau juga meminta mahkamah untuk mengeluarkan perintah pembebasan dalam masa terdekat.

Khairuddin ditahan polis di rumahnya di Mont Kiara pada 18 September dan ditahan pada hari berikutnya di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana cuba melakukan perbuatan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Beliau dibebaskan daripada tahanan reman pada 23 September selepas perintah mahkamah tetapi ditahan semula di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Pada Isnin, Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang didakwa di mahkamah kerana cuba untuk mensabotaj sistem kewangan dan perbankan Malaysia.

Mereka berdepan hukuman maksimum 15 tahun penjara jika sabit kesalahan.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan