Bekas Penceramah Bebas Dipenjara Sembilan Tahun Sokong Perbuatan Pengganas

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas penceramah bebas dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memasuki Syria bagi menyokong perbuatan pengganas, tahun lepas.

Hakim Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman itu terhadap Zulqarnain Ghaz Ab Ghani, 31, dan mengarahkannya menjalani hukuman bermula dari tarikh dia ditangkap pada 7 Julai lepas.

Sebelum membuat keputusan, Kamardin berkata mahkamah mengambil kira faktor kepentingan awam walaupun keganasan itu berlaku di luar negara iaitu Syria tetapi ia masih satu kesalahan.

Beliau berkata tindakan tertuduh menyertai kumpulan yang diisytihar sebagai kumpulan pengganas adalah kesalahan serius.

"Namun, mahkamah mengambil kira faktor mitigasi oleh peguam selain permohonan diskaun atas alasan pengakuan tertuduh pada awal kes dan memohon hukuman penjara minimum," kata Kamardin.

Mengikut pertuduhan, Zulqarnain Ghaz didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Ampang pada 5 Ogos lepas kerana memasuki Syria bagi memberi sokongan kepada berlakunya perbuatan pengganas yang melibatkan penggunaan senjata api dengan niat untuk meneruskan perjuangan agama bagi mengugut orang awam di negara itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 27 April 2014 dan 28 Ogos 2014 mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau sehingga 30 tahun atau denda dan rampasan harta yang digunakan bagi tujuan keganasan itu jika sabit kesalahan. 

Namun, tiada pengakuan direkodkan.

Pada 1 Oktober lepas, Zulqarnain Ghaz mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kamardin Hashim. 

Mengikut fakta kes, tertuduh terpengaruh selepas membaca beberapa kitab berbentuk agama dan ketika menonton beberapa rakaman video di Youtube berkaitan peperangan serta penderitaan masyarakat di Syria dan Palestin.

Pada Mac tahun lepas, tertuduh berkenalan dengan seorang lelaki yang bernama Akel Zainal di laman sosial dan menyatakan niatnya untuk berjihad sebelum dia diarah untuk bersedia dari sudut fizikal dan mental.

Tertuduh kemudian ditempatkan di sebuah rumah pelarian selama lima hari di Turki sebelum berlepas ke Syria pada 27 April 2014 dan bertemu beberapa pengganas lain di sana.

Di Syria, Zulqarnain Ghaz ditugaskan merawat pengganas lain yang terlibat dalam peperangan selain membeli makanan untuk mereka selama tiga bulan.

Tertuduh kemudian diajar cara penggunaan senjata api dan taktik perang gerila.

Namun, tertuduh pulang ke Malaysia pada awal Ogos tahun lepas untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengalami kecederaan parah dalam satu daripada peperangan di Syria.

Zulqarnain Ghaz ditahan selepas seminggu berjumpa dengan seorang lagi pengganas iaitu Nazirul Abidin Thalha, yang kini dipenjara 12 bulan kerana memiliki bahan penerbitan berkaitan perlakuan pengganas pada 12 September lepas.

Terdahulu, peguam Mohd Hazrin Alif Wahab memohon hukuman minimum iaitu lima tahun kerana anak guamnya hanya terpengaruh dengan rakaman video di laman internet dan melalui beberapa pembacaan kitab.

"Anak guam saya juga masih muda dan merupakan kesalahan pertama selain memberi kerjasama dari awal penahanannya," sambil berkata pembelaan menganggap jumlah hukuman lima tahun penjara adalah bersesuaian.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon mahkamah tidak mengambil berat faktor mitigasi tertuduh kerana tertuduh berpelajaran dan mengetahui kesalahan itu.

Sebaliknya, beliau memohon tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun. - BERNAMA 

Tags / Kata Kunci: penceramah bebas , penjara , pengganas

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan