Peniaga Buah Dipenjara 14 Bulan, Curi Dan Salah Guna Kad ATM

Diterbitkan: Jumaat, 9 Oktober 2015 2:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga buah-buahan pada Jumaat dihukum penjara 14 bulan atas dua pertuduhan iaitu menyalahgunakan dan mencuri kad debit mesin teler automatik (ATM).

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhdap Mohd Fahzil Suherman, 26, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan itu.

Mohd Fahzil didakwa menyalahgunakan kad ATM milik seorang warga emas, Halimah Othman, 78, sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM3,800 di ATM Maybank Shell Timur Wawasan Enterprise, Sungai Besi, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban di sini antara 10.30 malam hingga 10.40 malam, 3 Jun lepas.

Bagi pertuduhan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Fahzil didakwa mencuri kad debit ATM milik seorang pekerja swasta Noor Hazmi Hasbi, 27, dari kereta mangsa dan seterusnya menggunakan kad debit itu untuk mengeluarkan wang berjumlah RM3,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Yaakob Latif, Cheras, di sini pada 11 malam, 16 Julai lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan bermula dari tarikh tertuduh selesai menjalani hukuman penjara bagi pertuduhan pertama. 
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar. - BERNAMA
Tags / Kata Kunci: curi , kad ATM , peniaga buah , penjara

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan