Rambo Bentong Ke Tali Gantung Selepas Mahkamah Rayuan Tolak Rayuannya

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 3:30 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang memutuskan Rambo Bentong bersalah kerana membunuh seorang perempuan berusia 17 tahun.

Dengan itu Rambo Bentong atau nama sebenarnya Rabidin Satir akan ke tali gantung dan menjalani hukuman gantung sampai mati.

Anggota penal hakim yang diketuai Aziah Ali, secara sebulat suara menolak rayuan yang dibuat oleh Rabidin dengan menegaskan apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi adalah tepat dan betul.

Lain-lain anggota panel hakim ialah Rohana Yusuf dan Prasad Sandhosham Abraham.

Hakim Aziah berkata, hanya terdapat satu isu sahaja yang dibangkitkan dalam rayuan tersebut iaitu berhubung persoalan kesahihan DNA yang dikemukakan sebagai bukti.

Peguam Rabidin, Suzanawati Ismail telah berhujah bahawa bukti DNA harus boleh dipersoalkan kerana ia dikutip pada 2009 tetapi ditampilkan hanya pada 2012 selepas tertuduh ditahan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Tetralina Ahmed Fauzi berhujah bahawa persoalan mengenai perkara tersebut telah pun diselesaikan di Mahkamah Tinggi yang memutuskan yang DNA berkenaan tidak meragukan.

Mahkamah Rayuan tidak bersetuju dengan hujah yang dibentangkan oleh pihak defendan dan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.

Rabidin, yang memakai pakaian penjara kelihatan tenang selepas keputusan dibacakan.

Beliau yang berasal dari Tambunan, Sabah, telah didapati bersalah atas tuduhan membunuh berkenaan pada Mac 2009 pada jam 1.50 petang di sebuah kampung di Bentong.

Perogol bersiri itu turut dikenakan hukuman penjara 115 tahun dengan 50 sebatan pada 5 Februari 2013, selepas dia mengaku bersalah atas empat pertuduhan merogol dan satu pertuduhan mengadakan hubungan seks di luar tabii antara 2009 hingga 2011.

Bagaimanapun, hukuman tersebut telah dikurangkan kepada hanya 40 tahun dan 24 kali sebatan selepas dia merayu.

Rabidin, 43, mendapat gelaran Rambo Bentong kerana dia menyembunyikan dirinya di dalam hutan dan menggunakan pisau yang pernah dipopularkan oleh Slyvester Stallone yang membawa watak Rambo dalam filem yang menggunakan judul yang sama suatu ketika dahulu.

Pada 6 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Temerloh, telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Rabidin kerana membunuh seorang perempuan remaja pada 2009.

Hakim Ab Karim Ab Rahman mendapati, pihak defendan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah melainkan hanya menafikan penglibatan tertuduh.

Mahkamah mendapati, kesan darah yang terdapat pada baju mangsa adalah sama dengan darah tertuduh dan profil DNA yang diambil daripada bahagian sulit mangsa menyamai DNA Rabidin.


iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan