PPS: Mahkamah Tolak Permohonan Kerajaan Negeri P.Pinang Batal Perintah KDN

Diterbitkan: Khamis, 8 Oktober 2015 4:30 PM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis menolak permohonan kerajaan negeri untuk membatalkan perintah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengisytiharkan Pasukan Peronda Sukarela (PPS) negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Pesuruhjaya Kehakiman, Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu di dalam kamar di hadapan peguam mewakili kerajaan Pulau Pinang, Quah Su Enn dan Ketua Unit Guaman, Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri, Zahruddin Mohammed Isa.

Quah memberitahu media bahawa alasan permohonan itu ditolak dijangka akan dikeluarkan oleh mahkamah minggu depan.

"Saya tidak dapat memberi lebih banyak maklumat kerana alasan hanya akan dikeluarkan minggu depan. Sekiranya mahu merayu, kita perlu duduk dan bincang.

"I cannot give any more information as the grounds are to be out next week," katanya.

Pada 27 Jan lepas, kerajaan DAP Pulau Pinang memfailkan permohonan bagi semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membatalkan perintah KDN yang mengisytiharkan PPS negeri ini sebagai sebuah pertubuhan haram.

Dalam permohonan itu, kerajaan negeri menamakan Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai responden dan antara lain memohon suatu perintah certiorari untuk membatalkan perintah yang dibuat Menteri Dalam Negeri pada 3 Nov 2014 yang mengisytiharkan PPS sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 5(1) Akta Pertubuhan 1966.

Kerajaan negeri itu turut memohon suatu perintah mandamus bagi mengarahkan responden mengembalikan semua jaket, peralatan, lambang, senjata atau sebarang dokumen kepunyaan PPS.

Kerajaan negeri juga memohon suatu deklarasi bahawa PPS telah ditubuhkan secara sah dan betul oleh kerajaan negeri menurut Seksyen 101(v) Akta Kerajaan Tempatan, 1976.
Tags / Kata Kunci: KDN , PPS , pertubuhan haram

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Ayda Jebat Kecewa Mainan Politik

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan