Mahkamah Tolak Permohonan Azmi, Akta Hasutan Sah Dalam Perlembagaan

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 11:20 AM

Azmi Sharom

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pensyarah Undang-undang Azmi Sharom gagal dalam permohonannya mencabar Akta Hasutan 1948 yang digubal semasa pemerintahan British diisytiharkan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria menolak permohonan Azmi, dan memerintahkan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Sesyen.

Panel lima hakim itu termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.


Arifin yang membacakan keputusan itu berkata akta itu tidak bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan kebebasan berucap, bersuara dan berhimpun.

Pensyarah Universiti Malaya ini yang memakai baju kelabu dan tali leher coklat, dilihat menggelengkan kepalanya apabila mendengar keputusan tersebut dibacakan.

Mahkamah penuh dengan penyokong dan peguam seawal pukul 8.30 pagi, Selasa.

Pada 2 September tahun lepas, Kolumnis The Star ini didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dan Seksyen 4(1)(c) akta tersebut berhubung komen beliau dalam satu artikel bertajuk 'Take Perak crisis route for speedy end to Selangor impasse, Pakatan told' yang disiarkan dalam sebuah portal berita.

Jika sabit kesalahan di bawah mana-mana satu dakwaan, beliau akan menghadapi hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan