Anggota Komando Didakwa Miliki Penerbitan Berkaitan IS

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 12:34 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang anggota komando dari Kem Rejimen 21 Komando, Sungai Udang di sini didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan memiliki item penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS, pada Ogos lepas.

Tertuduh Muhammad Adibzakir Zahri, 28, berasal dari Alor Setar, Kedah menganggukkan kepala tanda memahami pertuduhan yang dibacakan, namun tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik.

Muhammad Adibzakir didakwa memiliki item iaitu penerbitan yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas militan IS di Balai Polis Sungai Udang di sini pada 8.50 pagi, 19 Ogos lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130JB (1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucuthak mana-mana item terbabit, jika sabit kesalahan.

Mohd Asri menetapkan 5 November ini untuk sebutan semula kes dan permohonan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Tags / Kata Kunci: militan IS , Muhammad Adibzakir Zahri

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan