Keputusan Mahkamah Diharap Tak Halang Masyarakat Beri Pandangan - Azmi Sharom - Berita Mahkamah | mStar

Keputusan Mahkamah Diharap Tak Halang Masyarakat Beri Pandangan - Azmi Sharom

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 1:47 PM

Azmi Sharom (tengah) bersama peguamnya, Gobind Singh Deo dan Datuk Malik Imtiaz Sarwar di luar mahkamah selepas keputusan terhadap Azmi dibacakan, Selasa.-foto S.S.KANESAN/The Star

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Pensyarah undang-undang Azmi Sharom berharap walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, ahli akademik dan individu akan terus dapat menyatakan pandangan mereka dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara 'demokrasi sebenar'.

"Saya harap rakyat terus mempunyai sudut pandangan dan menyatakan sudut pandang itu kerana kita tidak boleh membenarkan undang-undang yang tidak baik untuk menakutkan-nakutkan kita," kata beliau tidak lama lagi selepas penghakiman dibacakan.

Azmi, pada Selasa gagal dalam permohonannya mencabar Akta Hasutan 1948 diisytiharkan tidak mengikut perlembagaan.

Dalam penghakimannya, mahkamah juga mendapati bahawa Parlimen adalah pihak terbaik untuk menentukan apa langkah yang munasabah untuk menyekat kebebasan.

"Tafsiran literalis perlembagaan sangat sedikit dalam melindungi kita daripada undang-undang yang terlalu ketat, jadi sudah tentu. Saya amat kecewa. Bukan untuk saya sahaja secara peribadi, tetapi untuk kita semua di negara ini," kata Azmi di Istana Kehakiman selepas mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan.

Peguam Azmi, Gobind Singh Deo turut melahirkan kekecewaan berhubung keputusan itu.

"Kami belum menerima penghakiman penuh, tetapi buat masa ini Mahkamah Persekutuan telah mengarahkan pendakwaan terhadap Prof Azmi dibawa ke Mahkamah Sesyen. Oleh itu, kita perlu kembali kepada Mahkamah Sesyen dan untuk perbicaraan," kata Gobind selepas melangkah keluar dari ruang sidang.

"Malangnya mereka tidak bersetuju dengan kita, tetapi sekali lagi, mereka yang membuat keputusan," katanya.

Sebelum itu, Mahkamah Persekutuan membuat keputusan terhadap Azmi dan mengekalkan bahawa Akta Hasutan sah dalam undang-undang.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Panel lain termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan Hakim Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Abdull Hamid Embong dan Datuk Suriyadi Halim Omar.
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan