Kemuka Dokumen Perdaya SPRM, Pengawal Keselamatan Didakwa Bawah AMLATFA - Berita Mahkamah | mStar

Kemuka Dokumen Perdaya SPRM, Pengawal Keselamatan Didakwa Bawah AMLATFA

Diterbitkan: Selasa, 6 Oktober 2015 2:11 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Jalan Duta atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu untuk memperdaya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Shahjehan Abdul Rahim, 47, didakwa memperdaya pegawai SPRM menggunakan dokumen palsu melibatkan pemindahan dana berjumlah RM550 juta pada 2 Ogos 2012 di bilik 303, JRL Hotel, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

"Dia dituduh mengikut Seksyen 89 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

"Jika disabitkan kesalahan, dia akan dijatuhkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1 juta atau kedua-duanya sekali," menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh SPRM, Selasa.

Seksyen 89 AMLATFA merujuk kepada kesalahan pemalsuan, penyembunyian dan pemusnahan dokumen.

Hakim Allaudeen Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 November ini untuk sebutan semula kes.
Tags / Kata Kunci: SPRM , AMLATFA , dokumen palsu
   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan