Rasuah: Mahkamah Rayuan Bebaskan Bekas Timbalan Ketua Polis Gombak

Diterbitkan: Jumaat, 2 Oktober 2015 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas timbalan ketua polis daerah Gombak bebas daripada pertuduhan rasuah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah RM10,000 selepas Mahkamah Rayuan di sini menolak rayuan pihak pendakwaan.

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Abdul Karim Abu Hassan.

Md Raus berkata adalah tidak selamat untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen berhubung pembebasan Abdul Karim yang sebahagian besar berdasarkan dapatan fakta.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk David Wong Dak Wah.

Mahkamah Sesyen pada 7 Julai 2012 melepas dan membebaskan Abdul Karim, 61, daripada pertuduhan itu dan Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan tersebut pada 5 Disember 2014.

Bagi pertuduhan pertama Abdul Karim didakwa meminta RM10,000 daripada Lim Ching Jing di ibu pejabat Daerah Gombak pada 19 September 2007 sebagai dorongan baginya supaya tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap Ching Jing yang disyaki terlibat dalam sindiket potong kereta.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa menerima RM10,000 daripada adik perempuan Ching Jing, Kin Lan pada 12 Oktober 2007 melalui akaun Maybank di cawangan Segambut sebagai dorongan untuk tujuan sama.

Sementara itu, panel Mahkamah Rayuan yang sama, mengekalkan sabitan dan hukuman 18 bulan penjara dan denda RM425,000 atau 12 bulan penjara terhadap pembantu kedai elektrik Soo Chong Man, 46, kerana meminta wang tunai dan menerima suapan daripada Lim dan Kin Lan yang didakwa kononnya sebagai suapan untuk diberikan kepada Abd Karim.

Keputusan itu dibuat selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap hukuman tersebut dan Soo juga menarik semula rayuan terhadap sabitannya.

Soo didapati bersalah terhadap lima pertuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi mengekalkan kesalahannya.

Peguam Haresh Mahadevan dan Azrul Z. Stork mewakili Abdul Karim manakala M. Athimulan mewakili Soo. Timbalan Pendakwa Raya Afifah Yusof mewakili pendakwaan.--Bernama

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan