Tawaran Rawatan Pergigian Percuma Oleh Khir Toyo Pelan Gagal

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 7:30 AM

Dr Mohamad Khir Toyo

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Tawaran bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo untuk menyediakan rawatan pergigian percuma kepada golongan miskin sebagai ganti hukuman penjara bagi kesalahan rasuah beliau adalah satu pelan yang gagal, kata pakar undang-undang.

Ahli Jawatankuasa Undang-Undang Jenayah Majlis Peguam Malaysia Datuk Baljit Singh Sidhu berkata di bawah Akta Perubatan Malaysia mereka yang disabitkan bersalah tidak dibenarkan lagi untuk mengamalkan perubatan.

"Apa yang telah dicadangkan semasa tempoh rayuan tidak boleh dilaksanakan," katanya.

Baljit, seorang penulis dan profesor Adjung berkata Mahkamah Persekutuan telah membuat pertimbangan dasar dan kepentingan awam.

Pandangan Baljit telah disahkan oleh bekas presiden Persatuan Perubatan Malaysia Datuk NKS Tharmaseelan.

"Mereka yang disabitkan atas suatu kesalahan jenayah terhalang daripada daftar perubatan dan ini terpakai kepada doktor dan doktor gigi," katanya.

Peguam kanan Datuk Jagjit Singh berkata keputusan itu adalah satu peringatan penting kepada mereka di pejabat awam supaya tidak menyalahgunakan kedudukan mereka untuk kepentingan kewangan atau pilih kasih.

"Mahkamah Persekutuan jelas telah menunjukkan harga yang perlu dibayar bagi sesuatu kesalahan adalah tidak mengenal personaliti," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Peguam Kuala Lumpur Ravin Singh berkata membolehkan hukuman khidmat masyarakat untuk kesalahan rasuah adalah sesuatu di luar kebiasaan.

Beliau berkata, jika khidmat masyarakat dibenarkan, semua mereka yang disabitkan dengan rasuah atau jenayah kolar putih pada masa akan datang akan menggunakan kes Dr Mohamad Khir untuk melarikan diri daripada hukuman penjara.

"Khidmat masyarakat perlu terus digunakan memulihkan pesalah muda yang kali pertama disabitkan atas kesalahan yang kurang serius," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan