Muhdalena Sedar Perbuatannya Ketika Amuk - Pendakwa

Diterbitkan: Rabu, 30 September 2015 9:19 PM

Muhdalena Ahmad

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu diberitahu bahawa Muhdalena Ahmad sedar akan perbuatannya ketika kejadian amuk bersama seorang lelaki bersenjatakan pedang samurai di perkarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, tiga tahun lepas.

Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusof berhujah bahawa bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu juga sedar perbuatannya adalah salah di sisi undang-undang apabila polis menghampiri mereka ketika itu.

"Responden (Muhdalena) tidak ingat didatangi oleh dua anggota polis tetapi boleh ingat polis menembaknya.

"Hal ini menunjukkan responden dapat membuat penilaian situasi semasa dan sangat konsisten dengan keadaan orang lain yang sempurna akal," katanya dalam rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Muhdalena, 30, daripada tuduhan ugutan jenayah dan memiliki senjata dalam kejadian amuk itu.

Dalam hujahnya, Ishak juga mempertikaikan keterangan saksi pembelaan kedua, Pakar Perunding Psikiatrik Forensik, Dr Raba'iah Mohd Salleh, yang berpendapat Muhdalena berada dalam keadaan tidak waras dan tidak sedar semasa kejadian.


Ishak berkata Dr Raba'iah hanya menemuduga Muhdalena beberapa kali dalam tempoh 11 hari sepanjang 23 hari wanita itu berada di Hospital Bahagia (Tanjung Rambutan) Ulu Kinta, Perak, bermula 12 Okt 2012.

"Dalam tempoh 11 hari itu, Dr Raba'iah memberitahu beliau hanya menemuduga Muhdalena pada tarikh-tarikh tertentu sahaja dan selebihnya dilakukan oleh pegawai perubatan yang menjaga responden.


"Justeru itu, Dr Raba'iah hanya melakukan temuduga beberapa kali sahaja dan kuantiti itu tidak mencukupi untuk menentukan seseorang itu mengalami penyakit mental," katanya.

Pada 19 Jun tahun lepas, Mahkamah Sesyen Putrajaya melepaskan Muhdalena daripada empat pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya dalam kejadian amuk itu.

Mahkamah Sesyen itu mendapati wanita itu mengalami ketidaksempurnaan akal semasa kejadian dan memerintahkannya ditahan di Hospital Permai Tampoi, Johor, sementara menunggu perkenan Yang diPertuan Agong.

Empat pertuduhan itu ialah melakukan ugutan jenayah terhadap polis bantuan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di Kompleks 'B' JPM pada 9 Julai 2012, memiliki sebilah parang, mengingkari perintah Ridzuan supaya meletakkan senjata dan gagal mematuhi nasihat menteri supaya mendapatkan pas atau permit sebelum memasuki premis berkenaan yang merupakan kawasan larangan tanpa kebenaran.

Dalam hujahnya, Ishak juga berkata kegagalan pembelaan memanggil saksi material seperti bapa, suami dan ahli keluarga Muhdalena bagi membuktikan 'ketidakwarasan atas imbangan kebarangkalian' turut dipertikaikan memandangkan mereka adalah saksi yang penting dan relevan.

"Bapa dan ahli keluarga penting bagi membuktikan sejarah responden sejak kecil manakala suami pula merupakan saksi penting untuk memberitahu tingkah laku responden semasa mereka berumah tangga," katanya.

Oleh itu, Ishak berkata hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila melepaskan Muhdalena atas alasan ketidaksempurnaan akal dan memohon mahkamah mengetepikan keputusan itu serta mensabitkan wanita itu terhadap empat pertuduhan tersebut.

Peguam M. Visvanathan, mewakili Muhdalena, berhujah bahawa Dr Raba'iah merupakan saksi pakar psikiatri forensik yang kerap dipanggil pihak pendakwaan dalam banyak kes jenayah yang lain.

"Saksi ini sendiri yang mengesahkan pada tarikh dan semasa kejadian responden berada dalam keadaan yang tidak waras dan tidak sedar akan sifat serta akibat daripada perbuatannya.

"Kami dengan rendah diri menghujahkan bahawa pembelaan berjaya membuktikan tertuduh pada masa kejadian seperti dalam pertuduhan adalah tidak waras dan tidak sedar akibat perlakuannya," katanya.

Hakim Kamardin Hashim menetapkan 16 Okt ini untuk keputusan rayuan tersebut.
Tags / Kata Kunci: Muhdalena Ahmad , amuk

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan