Polis Tidak Benarkan Penyokong Jumpa Khir Toyo Sebelum Dibawa Ke Penjara

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:39 PM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penyokong Dr Mohamad Khir Toyo tidak berpeluang mengucapkan selamat tinggal buat kali terakhir kepada bekas Menteri Besar Selangor selepas polis menolak permintaan mereka untuk berjumpa dengannya sebelum dibawa ke penjara Kajang.

Petugas media juga tidak diberi akses kepada kawasan lokap mahkamah sebaliknya hanya keluarga dan rakan-rakan rapat sahaja dibenarkan untuk melawat.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Umno Datuk Jamal Md Yunos pada Selasa berkata bahawa keadaan di kawasan lokap sebagai 'sedih dan suram'.

"Dr Khir tenang. Dia nampak seolah-olah bersedia untuk hukuman itu.

"Dia memberitahu saya dia menerima hukuman itu sebagai 'takdir' dan ujian daripada Tuhan," katanya.

"Ini adalah satu peringatan kepada semua ahli politik untuk lebih berhati-hati dan berwaspada terutamanya dalam mengendalikan peruntukan wang kerajaan," kata Jamal.

"Kami menerima keputusan itu kerana kami percaya bahawa hakim-hakim telah menjalankan tugas mereka dengan baik tanpa sebarang pengaruh luar," katanya.

Dr Khir kemudiannya dilihat dibawa masuk ke dalam kenderaan penjara berwarna perak pada pukul 2.52 petang untuk dibawa ke penjara Kajang.

Kamariah Mohamad, 50, dari Sungai Besar, datang dengan kira-kira 30 yang lain untuk menunjukkan sokongan kepada bekas wakil rakyat mereka.

"Malagnya kita tidak dibenarkan untuk masuk tetapi saya hanya mengharapkan yang terbaik untuk beliau," katanya.

Peguam bela Adzly Ab Manas berkata pasukan pertahanan Dr Khir sedang mengkaji kemungkinan memohon pengampunan daripada Sultan Sharafuddin Idris Shah Selangor.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan