Khir Toyo Ada Peluang Ketepikan Hukuman Penjara - Muhammad Shafee

Diterbitkan: Selasa, 29 September 2015 9:51 PM

Khir Toyo dibawa menaiki kenderaan polis yang membawanya ke Penjara Kajang, Selasa.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mempunyai peluang untuk mengetepikan hukuman 12 bulan penjara atas kesalahan menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007, kata peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menjawab soalan media sama ada pihaknya akan menfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan sabitan hukuman penjara itu, Muhammad Shafee berkata pihaknya perlu meneliti penghakiman Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang tindakan.

Ketika ditanya media lagi sama ada pihaknya akan menfailkan petisyen pengampunan terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan itu, peguam itu berkata ia merupakan satu daripada peluang yang ada.

"Petisyen pengampunan merupakan satu pilihan yang ada, tapi ia bukan pilihan terakhir. Kami juga akan mempertimbangkan pilihan lain," katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir, di sini, Selasa.

Ditanya mengenai keputusan hari ini, beliau berkata ia mengejutkan barisan peguam yang mewakili Dr Mohamad Khir termasuk isterinya, Zahrah Kechik, 50, kerana pihaknya yakin mahkamah akan memihak kepadanya.

Muhammad Shafee juga berkata pihaknya kecewa apabila mahkamah menolak rayuan anak guamnya bagi menjalani program khidmat masyarakat untuk menggantikan hukuman penjara.

Beliau berkata, anak guamnya juga mengarahkannya untuk memulakan tindakan menghina mahkamah terhadap akhbar 'The Sun' berhubung dua artikel yang diterbitkan akhbar itu selepas mahkamah menangguhkan keputusan untuk menjatuhkan hukuman hari ini.

Dalam pada itu, isteri Dr Mohamad Khir, Zahrah, yang kelihatan tenang ketika ditemui di luar lokap mahkamah berkata beliau menerima keputusan mahkamah dengan hati yang tabah meskipun ia amat menyedihkan seluruh anggota keluarganya.

"Memanglah saya sedih. Apa-apa pun saya anggap ini ujian Allah. Saya reda.

Dia (Dr Mohamad Khir) juga reda dan tabah menerima keputusan ini. Terima kasih," kata ibu kepada enam anak itu sebelum meninggalkan perkarangan mahkamah.

Mahkamah Persekutuan hari ini menyabitkan Dr Mohamad Khir terhadap pertuduhan memperoleh untuk diri dan isterinya, Zahrah, dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni, lapan tahun lepas.

Sementara itu, peguam Datuk Naran Singh menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini adil kerana hukuman penjara adalah sesuai bagi kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau juga bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa program khidmat masyarakat seperti yang dipohon Dr Mohamad Khir hanya sesuai kepada pesalah muda.

"Ia adalah keputusan yang baik. Keputusan itu juga adil. Program khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara hanya sesuai kepada pesalah muda," katanya ketika dihubungi Bernama. -- Bernama 

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan