Bunuh Morais: Lapan Akan Didakwa Isnin

Diterbitkan: Ahad, 27 September 2015 2:00 PM

(Ubah saiz teks)

DIKEMASKINI

PETALING JAYA: Lapan individu termasuk seorang doktor tentera dijangka didakwa pada Isnin berhubung kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Anthony Kevin Morais.

Difahamkan, seorang daripada suspek akan didakwa di mahkamah majistret di sini kerana bersubahat.

Tujuh yang lain akan didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur dengan enam daripadanya atas tuduhan membunuh dan seorang lagi kerana bersubahat.

Kesemua tertuduh berhadapan dengan hukuman gantung sekiranya disabitkan bersalah.

Kelapan-lapan suspek merupakan antara 11 individu yang ditahah polis bagi membantu saisatan terhadap kes penculikan dan pembunuhan Morais.

Menurut sumber, polis telah melengkapkan laporan siasatan terhadap 11 suspek untuk menentukan dalang dan mengenal pasti motif pembunuhan.

"Siasatan adalah merujuk kepada bunuh dan subahat. Perintah reman terhadap beberapa suspek, termasuk doktor tentera akan berakhir pada Selasa," kata sumber.

Satu lagi berkata, baki suspek yang lain akan dibebaskan tidak lama lagi.

Mayat Morais, 55, ditemui dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini, pada 16 September lepas.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana dengan nombor pendaftaran WA6264Q.

Tags / Kata Kunci: Anthony Kevin Morais

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan