Kelindan Lori Dihukum Gantung Kerana Membunuh

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 2:33 PM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang kelindan lori dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas didapati bersalah membunuh jirannya, lima tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman S.M Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan ke atas M.Devinthiran, 29, yang didakwa membunuh K. Perumal, 32.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama seorang lelaki yang masih bebas di hadapan rumah No. A11, Bahagian Sepong, Ladang Sungai Samak, Ulu Bernam, Hilir Perak pada 14 November 2010, antara pukul 9 malam hingga 9.45 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Devinthiran yang memakai baju-T berwarna putih dan jeans biru tenang ketika Komathy menjatuhi hukum.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian kira-kira pukul 9 malam, Perumal bersama isteri dan dua anak mereka sedang menonton televisyen di rumah sebelum Devinthiran dan seorang lagi lelaki datang mengetuk pintu dan memanggil keluar si mati.

Pada masa itu, isteri Perumal melihat lelaki itu menarik kedua-dua tangan suaminya ke belakang manakala Devinthiran pula menikam leher kiri mangsa menggunakan pisau sepanjang kira-kira 8.5 cm.

Bedah siasat oleh Pakar Patologi Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Dr Mohd Shafie Othman mendapati punca kematian adalah akibat luka tikaman di leher.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Harris Ong Mohd Jeffrey Ong manakala Devinthiran diwakili peguam R.Viknesvaran.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: kelindan , Mahkamah Tinggi

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan