'Gadis Belon' Mengaku Tidak Bersalah Hina PM - Berita Mahkamah | mStar

'Gadis Belon' Mengaku Tidak Bersalah Hina PM

Diterbitkan: Rabu, 23 September 2015 12:57 PM

Bilqis Hijjas

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penari yang didakwa melepaskan belon Bersih 4 dalam majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, mengaku tidak bersalah kerana tingkah laku menghina.

Bilqis Hijjas didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Majistret Nur Azura Murah menetapkan jaminan sebanyak RM500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 26 Oktober depan.

Bilqis, 35, yang terkenal dengan gelaran 'gadis belon' diwakili oleh peguam Michelle Yesudas.

Beliau adalah anak perempuan kepada arkitek terkenal tanah air, Hijjas Kasturi. Antara bangunan popular rekaan Hijjas ialah Menara Maybank, Menara Tabung Haji, Menara Telekom Malaysia dan Putrajaya Convention Centre.

Pada Hari Kebangsaan pada 31 Ogos lalu, tujuh belon kuning dilepaskan di pusat membeli belah Pavilion di ibu negara dalam acara dihadiri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, Ahad lalu.

Ia dilepaskan ketika Najib menonton persembahan tarian pembukaan acara DiverseCity 2015: Festival Kesenian Antarabangsa Kuala Lumpur.

Belon yang dilepas antaranya tertulis perkataan "Democracy", "Justice", "Free Media" dan kemudian dipecahkan oleh pengawal keselamatan.

Tags / Kata Kunci: Gadis Belon , Bilqis Hijjas , Bersih 4
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Isnin, 11 Jun 2018 8:00 AM

Ramadan anak Chow Kit

Kolumnis

iklan

Iklan