Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Khir Toyo, 29 September Keputusan Hukuman

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 4:40 PM

Bekas Menteri Besar Selangor Dr Muhamad Khir Toyo (kiri) bersama isterinya Zahrah Kechik ketika hadir di Mahkamah Persekutuan Putrajaya bagi mendengar prosiding rayuan akhir kesnya di Istana Kehakiman, Selasa. -foto THE STAR

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa mengekalkan sabitan terhadap bekas menteri besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo atas kesalahan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara menolak rayuan terakhir Dr Mohamad Khir.

Panel itu turut disidangi oleh Hakim Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.

Mahkamah menangguhkan bicara selama 30 minit untuk memberi peluang kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk berbincang dengan Dr Mohamad Khir sebelum membuat penghujahan mengenai hukuman.

Mahkamah menetapkan 29 September ini untuk menentukan hukuman ke atas beliau.

Mengikut keputusan yang dibacakan oleh Hakim Tan, mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan terhadap Dr Mohamad Khir tidak mempunyai kecacatan.

Beliau berkata tiada kesilapan dalam fakta-fakta pertuduhan yang menyatakan bahawa Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu atas sifatnya sebagai penjawat awam (Menteri Besar).

Dr Mohamad Khir, 50, yang memakai sut berwarna kelabu, kelihatan tenang apabila mahkamah mengekalkan sabitan dan hukuman penjara setahun.

Mahkamah Persekutuan bersidang pada Selasa untuk membuat keputusan selepas menangguhkan prosiding pada 27 Ogos lepas kerana Dr Mohamad Khir menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya, Zahrah Kechik, 50, dua lot tanah dan sebuah banglo di seksyen 7, Shah Alam, daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya, Datuk Shamsuddin Hayroni.

Dr Mohamad Khir gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan pada 30 Mei, 2013.

Bekas anggota dewan undangan negeri Sungai Panjang itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masri Mohd Daud.

Tags / Kata Kunci: Dr Mohamad Khir Toyo , lot tanah , banglo

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan