Bekas Ahli Parlimen Padang Serai Didakwa Menghasut

Diterbitkan: Selasa, 22 September 2015 2:57 PM

N.Gobalakrishnan

N Gobalakrishnan

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas anggota Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap pertuduhan menngeluarkan kata-kata menghasut di sebuah hotel, di sini, Julai lalu.

Gobalakrishnan, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azman Ahmad.

Dia yang kini merupakan presiden Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas), didakwa menyebut kata-kata itu berhubung keputusan hakim dalam satu kes lain.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di bilik Bunga Melor, Hotel Seri Pacific, Jalan Putra, Chow Kit, di sini, antara 4 petang dan 6 petang, 7 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim memohon wang jaminan berjumlah RM7,000 dengan seorang penjamin.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin serta pasport diserahkan dan menetapkan 23 Okt ini untuk sebutan semula.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: N Gobalakrishnan , Padang Serai , Perkemas

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan