Najib Akan Fail Permohonan Batalkan Saman Anina

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 11:01 PM

Anina Saadudin

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Abdul Rauf Yusoh akan memfailkan permohonan esok untuk membatalkan saman berhubung wang RM2.6 bilion (US$650 juta) yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri dan presiden parti itu.

Peguam Nor Emilia Mohd Iszeham yang mewakili Najib dan Abdul Rauf memberitahu media bahawa kedua-dua defendan juga akan memfailkan satu lagi permohonan iaitu untuk menggantung prosiding beberapa permohonan yang difailkan plaintif sementara permohonan untuk membatalkan saman didengar.

"Kami akan memfailkan permohonan itu esok," katanya selepas kes itu disebut di dalam kamar pada Isnin di hadapan Timbalan Pendaftar Norfauzani Mohd Nordin.

Pada 28 Ogos lepas, Anina Saadudin, bekas anggota Umno, memfailkan saman terhadap kedua-dua defendan antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik Umno di Singapura.

Peguam Aizul Rohan Anuar yang mewakili Anina pula berkata mahkamah mengarahkan pernyataan pembelaan difailkan selewat-lewatnya 1 Oktober.

Aizul Rohan berkata mahkamah menetapkan 26 Okt untuk pengurusan kes di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan