Lelaki Mengaku Tidak Bersalah Ugut Bunuh Isteri

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 2:35 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya, tahun lepas.

B. S. Ganeson, 43, didakwa mengugut G. Vikneswary, 39, dengan mengatakan "Aku mahu bunuh kau" dalam bahasa Tamil di tempat letak kereta sebuah kondominium di Taman Seputeh, Brickfields dekat sini pada 1.30 pagi, 1 Mei 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Mohamad Faizal Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Oktober untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi manakala tertuduh diwakili peguam Kee Wei Lon.

iklan

Video

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Kolumnis

iklan

Iklan