Kes Wanita Tanggal Baju Di Petaling Street Disebut 13 Oktober

Diterbitkan: Isnin, 21 September 2015 12:25 PM

Persana Avril Sollunda

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini pada Isnin menetapkan 13 Oktober ini untuk sebutan kes bekas model yang didakwa menanggalkan bajunya di khalayak ramai dengan gambarnya tanpa baju dan coli menjadi viral di laman sosial, April lalu.

Majistret Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne supaya diberikan tempoh dua minggu untuk serahan gambar serta rakaman video kes terbabit.

Malini turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa beberapa dokumen yang akan digunakan untuk perbicaraan telah diserahkan kepada tertuduh, Persana Avril Sollunda, 33.

Mahkamah sebelum ini menetapkan tiga hari bermula 11 Januari depan untuk perbicaraan kes itu.

Persana Avril, yang diwakili peguam Kelvin Tan hadir di mahkamah hari ini memakai baju hitam serta berseluar biru.

Pada 10 Ogos lepas, mahkamah sama memutuskan Persana Avril adalah waras dan layak dibicarakan selepas meneliti laporan kesihatan mental yang dikeluarkan Hospital Tanjung Rambutan.

Persana Avril didakwa menanggalkan baju di khalayak ramai apabila gagal membayar selepas makan di sebuah kedai nasi ayam di Jalan Petaling di sini pada 23 April lepas.

Dia didakwa terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tags / Kata Kunci: Persana Avril Sollunda

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan