Utusan Melayu Diperintah Bayar RM200,000 Kepada Tony Pua

Diterbitkan: Khamis, 17 September 2015 5:29 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memerintahkan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad membayar ganti rugi RM200,000 kepada anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua Kiam Wee berhubung artikel yang diterbitkan di akhbar Utusan Malaysia, tahun lepas.

Peguam Elly Azureen Khalid yang mewakili Utusan Melayu memberitahu pemberita mahkamah membuat perintah itu selepas syarikat akhbar itu menerbitkan permohonan maaf berhubung penerbitan artikel yang bertajuk "Tony, Anwar Dirujuk Jawatankuasa Hak dan Kebebasan" pada 15 Nov tahun lepas.

Elly Azureen berkata akhbar itu menerbitkan permohonan maaf tersebut pada 23 Mei lepas.

Beliau berkata Hakim Datuk Hue Siew Kheng yang membuat keputusan itu dalam kamarnya juga memerintahkan Utusan Melayu membayar kos RM15,000 kepada Pua.

Pada 16 Jan tahun ini, Pua menfailkan saman itu dan mendakwa artikel itu yang mengandungi empat pernyataan fitnah antara lain bermaksud beliau seorang ahli politik yang tidak bermoral, tidak tahu malu dan ahli perniagaan yang tidak cekap.

Beliau memohon ganti rugi am, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Peguam Guok Ngek Seong mewakili Pua.

Tags / Kata Kunci: Utusan Melayu , Tony Pua

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan