Utusan Gagal Masukkan Sabitan Anwar Dalam Kenyataan Pembelaan

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 6:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Ketua Pengarangnya, Datuk Abdul Aziz Ishak gagal buat kali kedua dalam permohonan untuk memasukkan sabitan Sodomi II Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan pembelaan mereka terhadap saman malu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng menolak permohonan mereka dalam kamar dan memerintahkan Utusan membayar RM8,000 untuk kos kepada bekas pemimpin pembangkang itu.

Peguam Shahid Adli Kamarudin, yang mewakili Anwar, memberitahu pemberita permohonan itu ditolak atas alasan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Seksyen 55 Akta Keterangan 1950 melarang penggunaan sabitan lalu untuk menggambarkan keperibadian buruk.

Pada 4 September, Utusan dan Abdul Aziz gagal dalam rayuan tersebut di Mahkamah Rayuan. 

Anwar, 68, menyaman Utusan dan Abdul Aziz berhubung dua artikel mengenai beliau yang diterbitkan dalam Utusan Malaysia pada 17 Januari 2012, berhubung interbiunya (Anwar) dengan BBC mengenai undang-undang homoseksual.

Mahkamah Tinggi pada 21 Jan, 2013, membenarkan saman sivil Anwar dan mengarahkan ganti rugi dinilai.

Mahkamah Rayuan pada Januari tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Utusan dan Abdul Aziz memohon meminda kenyataan pembelaan mereka pada 2 Julai tahun lepas untuk memasukkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun itu, yang mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar. 

Mereka juga mahu memasukkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb tahun ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara di Sungai Buloh. 

Penilaian ganti rugi dalam kes itu dijadual didengar pada 6 Oktober. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Utusan , Anwar Ibrahim , Sodomi II

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan