PKR Saman: Mahkamah Benar Penangguhan Interim Kepada Najib

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 10:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan penangguhan interim kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk memfailkan kenyataan pembelaan berkaitan saman oleh pembangkang kerana dikatakan berbelanja berlebihan dalam kempen pilihan raya umum ke-13.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, yang mewakili Najib dan Tengku Adnan memberitahu pemberita bahawa Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan perintah interim itu sehingga 1 Oktober.

Prosiding diadakan dalam kamar pada Selasa.

"Penangguhan interim ini ialah sehingga 1 Oktober, dan selepas itu pihak-pihak berkaitan perlu hadir di hadapan hakim sekali lagi, untuk berhujah penuh berhubung permohonan yang difailkan oleh Najib dan Tengku Adnan untuk penangguhan kekal, bagi memfailkan apa-apa kertas berkaitan saman sehingga selesai mendengar permohonan Najib dan Tengku Adnan untuk membatalkan saman Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

"Mahkamah Tinggi juga menetapkan 9 Oktober sebagai tarikh pengurusan kes bagi permohonan lain yang akan ditetapkan untuk dibicara. Ini termasuk permohonan oleh Najib dan Tengku Adnan untuk membatalkan saman," katanya.

Mohd Hafarizam berkata bahawa antara asas bagi membatalkan saman itu ialah PKR tidak mempunyai locus standi untuk mengambil tindakan ini, salah orang didakwa berkaitan kes terhadap BN dan mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa bagi hal-hal jenayah.

Beliau berkata dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa bahawa Najib telah menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau, Najib bertindak secara korup dan menyalahi undang-undang serta melanggar undang-undang.

Oleh kerana itu, beliau berkata dakwaan itu ialah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Pada 12 Ogos, PKR memfailkan saman terhadap Najib kerana dikatakan melanggar undang-undang pilihan raya dalam pilihan raya umum. Plaintif dalam saman itu ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana sabitan kes liwat, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Anggota Parlimen Batu Tian Chua, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Gerakan Harapan Baru (GHB) Dr Dzulkefly Ahmad.

Pihak defendan ialah Najib, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku AdnanTengku Mansor, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Suruhanjaya Pilihan Raya.- Bernama

Tags / Kata Kunci: PKR Saman Najib , Penangguhan Interim

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan