Prebet Mengaku Bersalah Miliki 11 Bahan Terbitan Berkaitan IS

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 4:18 PM

Prebet Mohammad Rosdan Mohammad Khir, dibawa ke Mahkamah Majistret Gerik atas pertuduhan memiliki 11 barang penerbitan berkaitan kumpulan pengganas IS. Dia yang berasal dari Mahang, Kulim mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan 13 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

(Ubah saiz teks)

GERIK: Seorang anggota tentera mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memiliki 11 bahan penerbitan yang mempunyai kaitan dengan perlakuan dan perbuatan kumpulan pengganas IS.

Prebet Mohammad Rosdan Mohammad Khir, 24, berasal dari Mahang, Kulim, Kedah,  dan merupakan anggota tentera Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam, Kedah, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A. Akhiruddin@Boy Acho.

Bagaimanapun, tiada hukuman diputuskan selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Faridza Hamdan memohon kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana ia tertakluk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

Mengikut pertuduhan, bahan penerbitan tersebut merangkumi 11 buku iaitu Daulatul Islam Baaqiyah, Tentera Fisabilliah (bangkitlah wahai umat Islam), Bendera Hitam Lailahaillah End The Word Of Allah Is The Highest, Ajnad As-Syams dan Keep Calm and Support Jihad.

Dia turut didakwa memiliki buku Bendera Hitam Kami Pembela Daulah Islam, Jihad Wa Harb Nozun El Taghout, Global Tawheed Working To Establish The Right Of Allah SWT, Jihad Jalan Kami Syahid Cita-Cita Kami, Kami Berdiri Bersama Palestine dan Daulah Islamiah-Alkhulafa' a'la manhaj anna bawiyah.

Tertuduh yang memakai baju kemeja berkotak merah biru dan berseluar jeans biru didakwa melakukan kesalahan itu di Balai Polis Gerik, pada 10.20 pagi, 19 Ogos lepas.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan boleh dilucutkan hak terhadap mana-mana bahan penerbitan tersebut, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Faridza, tidak memohon sebarang jaminan berikutan kesalahan yang dilakukan sangat serius melibatkan keselamatan negara.

Mahkamah menetapkan 13 Okt sebutan semula kes itu.

Mohamad Rosdan tiba di mahkamah diiringi pasukan Unit Tindakan Khas kira-kira 11.30 pagi dari Bukit Aman.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: prebet , IS , Mahang

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan