Dua Komando Dituduh Galak Keahlian Dalam Kumpulan IS

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 3:25 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Dua komando dari Kem Rejimen 21 Komando Sungai Udang, Melaka dituduh di Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas IS, Ogos tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Zuraidi Shafiq Zulkeflee, 27, dan Muhammad Adibzakir Zahri, 28, menganggukkan kepala memahami pertuduhan yang dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Mereka didakwa menggalakkan keahlian dalam kumpulan pengganas itu di Markas 21 Gerup Gerak Khas, Kem Iskandar, dekat Mersing pada Ogos 2014.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130G(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mazana menetapkan kes tersebut disebut semula pada 21 Oktober depan di Mahkamah Majistret Mersing.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaila Shafi'uddin manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Tarmeze Mohd Taib.

Tags / Kata Kunci: IS , komando

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan