Dua Penyokong Ultras Malaya Didakwa Merusuh

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 2:43 PM

Kekecohan di Stadium Shah Alam ketika perlawanan Harimau Malaya menentang Arab Saudi menyebabkan penyokong Ultras Malaya dihadapkan ke mahkamah.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua penyokong Ultras Malaya, termasuk pemimpin kumpulan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan merusuh semasa perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Arab Saudi di Stadium Shah Alam, minggu lepas.

Mohd Ridzuan Ahmad, 36, dan Nudzul Haqimi Zulkepli, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama-sama beberapa orang lagi yang masih bebas didakwa sebagai anggota suatu perhimpunan yang menyalahi undang-undang telah merusuh dengan membakar suar, membakar bom asap, membakar mercun roket dan dibaling ke arah balapan stadium, dengan seorang atau lebih daripada mereka telah menggunakan kekerasan atau keganasan.

Mohd Ridzuan dan Nudzul Haqimi didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Kuadron C, Stadium Shah Alam, Seksyen 13 di sini, kira-kira 10.50 malam, 8 September lepas, mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N.Parimalaah mencadangkan agar kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM8,000 setiap seorang.

Peguam Mohamad Zahid Ahmad yang mewakili kedua-dua lelaki itu bagaimanapun memohon mahkamah mengurangkan jumlah jaminan atas alasan Mohd Ridzuan perlu menanggung seorang anak dan Nudzul Haqimi perlu menyara tiga anak yang masih bersekolah.

"RM8,000 seolah-olah satu hukuman sedangkan mereka belum lagi dibuktikan bersalah. Sepanjang siasatan mereka juga telah beri kerjasama yang baik, ini menunjukkan mereka seorang yang bertanggungjawab. Oleh itu pohon jumlah jaminan paling minimum ke atas kedua-dua anak guam saya," katanya.

Majistret Norshakinah kemudian membenarkan kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,500 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Mereka membayar jaminan itu.

Perlawanan Malaysia menentang Arab Saudi itu terpaksa dihentikan pengadil, Liu Kwok Man daripada Hong Kong berikutan tindakan liar sekumpulan penonton tempatan.

Sebelum perlawanan dihentikan, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1. -- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Ultras Malaya , Stadium Shah Alam

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan