Bekas Pengarah Kastam KL Dilepas Tanpa Bebas Tuduhan Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 15 September 2015 6:38 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Kastam Kuala Lumpur Datuk Mohd Isa Endot daripada empat pertuduhan menerima rasuah berhubung penyeludupan arak yang tidak dibayar cukai tahun lepas. 

Hakim Sabariah Atan memutuskan perkara itu selepas Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Umar Saifuddin Jaafar memaklumkan bahawa pihak pendakwaan ingin menarik balik pertuduhan ke atas Mohd Isa, 56.

Sebelum ini, Mohd Isa mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM8,000 sebagai bayaran bulanan dan wang perlindungan bagi melicinkan segala urusan kastam sebuah syarikat.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabatnya di Wisma Kastam Kelana Jaya, antara Mei dan Ogos tahun lepas.
 
Sabariah turut melepas tanpa membebaskan 17 pegawai kanan dan kakitangan kastam lain yang turut menghadapi pertuduhan rasuah berhubung perkara sama (penyeludupan arak yang tidak dibayar cukai) selepas Umar Saifuddin, Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, menarik balik pertuduhan terhadap mereka.

Kesemua mereka ialah Penolong Kanan Pengarah Kastam Cawangan Risikan di Ibu Pejabat Kastam, Putrajaya Datuk Saad Ishak, 58; Penolong Kanan Pengarah KastamII  Cawangan Risikan Zon Tengah Pejabat Kastam Putrajaya, Jamaludin Zam Zam, 55; Penolong Pengarah Kanan II Kastam Kuala Lumpur, Abdul Ghafar Mohamad, 47; dan Penolong Kanan Pengarah Kastam 1 di Cawangan Siasatan Khas, BahagianPenguatkuasaan Kastam, Dengkil, Mohd Ariffin Zakaria, 58.

Pegawai yang lain ialah Penolong Pengarah Kastam Bahagian Penguatkuasaan Kastam Selangor, Sohaizan Othman, 42; dan Penolong Kanan Pengarah Kastam II ,Kastam Kuala Lumpur, Wan Azman Wan Ali, 48; Pegawai Kanan Kastam di BahagianPenguatkuasaan Kastam Kuala Lumpur, Hizam Abd.Ghani, 57; Pegawai Kastam Kanan di Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kuala Lumpur, Azlee Mohamed Yusof, 49; dan Penolong Penguasa Kanan Kastam Selangor, Harun Baba, 58.

Pembantu Penguasa Kastam Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan, Kastam Selangor Muhamad Helmi Burhanuddin, 38; R. Thevakumar, 39, Penguasa Kastam di Bahagian Import Eksport Cawangan Pelabuhan Selatan Kastam, Bagan Dalam, Pulau Pinang; pembantu pegawai kastam, Mohd Zulkifli Dollah, 50; pembantu penguasa Kastam Mohd Nor Sukri Mohd Mokhtar, 37; serta empat pembantu penguasa Kastam, Mahadir Mohamad, 38; Mohamed Rozlan Ibrahim, 58; Sahbandi Abdul Manap@Asly, 37;dan Amran Ismail, 36.

Kesemua pertuduhan ke atas mereka dibuat mengikut 16(a)(A) Akta SPRM 2009dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Akhbar sebelum ini melaporkan kejayaan SPRM menumpaskan sindiket penyeludupan arak serta rokok terbesar selepas menahan beberapa individu.

Sindiket itu yang beroperasi di Zon Perdagangan Bebas Cukai, Pelabuhan Klang (PKFZ) didakwa terlibat dalam transaksi rasuah dan ketirisan berjumlah hampir RM1 bilion melalui aktiviti penyeludupan keluar dan masuk arak dan rokok daripada dikenakan duti dan cukai.

Tags / Kata Kunci: Lepas Tanpa Bebas , Kastam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan